Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Jadikan rutin Ramadan sebagai persiapan alam abadi

USTAZ MOHAMAD H RAIS

Mar 24, 2023 | 05:30 AM



RAMADAN hadir kembali dan kita patut menyambutnya dengan gembira.



Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, difardukan atas kamu berpuasa seperti yang telah difardukan atas orangorang yang sebelum kamu" .



Kewajipan berpuasa ini dikuatkan dengan secara lebih terperinci oleh firman Allah yang maksudnya: ''Barang siapa yang berada di bulan Ramadan wajiblah atasnya berpuasa. (Ayat 183 dan 185 surah Al Baqarah).



Ini kerana bulan ini memberi peluang seluas-luasnya kepada kita untuk menggandakan ibadah kita.



Oleh itu, dari sekarang kita patut menghadapi dan menerima pengorbanan melaparkan diri.



Rasa lapar mengandungi keutamaan yang tersedia apabila kita berada dalam bulan ini, seperti sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Berjuanglah atas dirimu dengan rasa lapar dan haus, kerana ganjarannya menyamai ganjaran orang yang berjuang dalam peperangan kerana agama (sabilillah)".



Justeru amalan ibadah yang sangat disukai oleh Allah ialah amalan yang disertakan kelaparan dan kehausan (dari kitab ihya ulumuddin).



Dalam kitab yang sama, Imam Ghazali membawa sebuah hadis yang maksudnya: "Tidak akan memasuki dunia malakut orang yang memenuhkan perutnya."



Kesimpulannya, sebaik-baik ibadah ialah ketika perut kosong (lapar). Sebab itulah berpuasa ialah ibadat yang lain daripada ibadat-ibadat seperti sembahyang, berzakat, menunaikan haji dan berzikir serta membaca Quran. Maknanya untuk menambah ibadah itu (solat, zakat, haji, baca quran dan zikir) ialah dengan berpuasa.



Sebab itulah Nabi Muhammad saw bersabda (dalam sebuah hadis qudsi) "Setiap kerja kebajikan pahalanya diberi 10 kali ganda kecuali ibadah puasa kerana puasa ialah untukKu dan Akulah yang akan memberi balasan untuknya". Justeru menggandakan pahala.



Dari sini kita dapat lihat sebahagian rahsia berpuasa ialah untuk menambahkan pahala yang akan dikurniakan kepada setiap Mukmin serta menjadi wadah yang terbaik untuk orang yang mahu bertaubat.



Sebab itu para ulama terdahulu banyak menyertakan dalam doa-doa mereka tentang memohon keampunan dan kalimah taubat, seperti doa (Wahai Allah yang menerima taubat, terimalah taubat kami), (Ya Allah Engkau Maha pengampun, ampunkanlah kami) dan lain-lain doa yang menunjukkan kepada penyesalan dan pengakuan dosa dalam diri hamba yang beriman.



Tambahkan pahala Ramadan dengan banyak lagi ibadah sunat selepas berbuka puasa. Selepas maghrib, sembahyang isyak berjemaah, iktikaf di masjid, baca Al-Quran, amalkan zikir-zikir yang warid daripada Rasulullah saw.



Jangan keringkan lidah daripada bertasbih dan berzikir, jauhkan fikiran-fikiran keduniaan dan hiburan.



Sesampainya di rumah, berehatlah seketika. Kemudian bersedia untuk sahur. Selepas bersahur seadanya, bersedia pula untuk hadir ke masjid untuk menunaikan sembahyang subuh berjemaah diikuti dengan amalan membaca Al-Quran, berzikir, bertasbih.



Mulakan pekerjaan dan amalan ini pada hari pertama Ramadan.



Di siang hari banyakkan bersabar terhadap sebarang masalah yang ada di rumah atau di luar rumah. Sentiasa mengingati Allah dan sedarkan diri bahawa kita dalam keadaan berpuasa, sedang dalam beribadah, elakkan perbuatan-perbuatan mengumpat, atau mendengar orang mengumpat, atau mengeluarkan kata-kata cacian, makian, kesat dan sebagainya.



Bersabarlah sehingga waktu berbuka. Bersederhanalah apabila makan dan minum. Dorong diri anda melakukan amalan-amalan sepanjang bulan mulia ini sehingga ke akhir Ramadan.



Pendek kata, amalan-amalan ibadah akan dibalas dengan pahala berganda-ganda, lebih-lebih lagi di minggu akhir Ramadan. Bertekadlah mendapatkan lailatul qadar dengan menggandakan ibadat.



Di malam terakhir Ramadan pusatkanlah perhatian kepada Allah dengan memohon keampunanNya, maghfirahNya dan penerimaanNya supaya anda menjadi dari golongan hamba-hamba-Nya yang soleh.



Semoga kita berjaya melalui pahit manis bulan ini sehingga dapat menamatkannya menjelang Syawal nanti.




Rutin Ramadan berkesan memanfaatkan bulan suci ini



  • Cuba tidur lebih awal setiap hari iaitu sebelum 11 malam.

  • Bangun dua jam atau sejam sebelum subuh untuk menunaikan solat tahajud.

  • Selepas tahajud, anda boleh membaca Al-Quran. Di antara sesi membaca al-Quran ini, mintalah segala hajat daripada Allah.

  • Bersahur pada waktunya sebelum masuk waktu imsak.

  • Selepas sahur, berehat sekitar 15 minit menunggu azan namun lebih baik jangan tidur.

  • Digalakkan bersolat subuh secara berjemaah.

  • Luangkan 30 minit masa anda selepas tunaikan solat subuh untuk berzikir dan berdoa. Nabi menekankan kepentingan doa dan zikir sebagai sebahagian besar daripada rutin harian orang beriman.

  • Anda boleh solat duha sekurang-kurangnya empat rakaat.

  • Bagi pelajar, peruntukkan masa selebihnya sebelum zuhur untuk menelaah pelajaran. Untuk mereka yang bekerja, teruskan kehidupan seperti biasa.

  • Selepas solat zuhur, baca atau dengarkan bacaan Al-Quran atau zikir sekurang-kurangnya selama 20 minit.

  • Menunaikan solat asar pada awal waktu, diteruskan dengan zikir petang selama 20 minit atau membaca Al-Quran.

  • Seterusnya berbuka puasa pada awal waktu dengan apa yang termampu. Sebelum berbuka, pastikan untuk berdoa dan memohon segala yang anda inginkan daripada Allah swt, kerana doa sebelum masuk waktu berbuka disifatkan antara waktu-waktu yang afdal.

  • Tunaikan solat maghrib.

  • Tunaikan solat isyak diikuti dengan sunat tarawih, sebaik-baiknya secara berjemaah di masjid atau bersama keluarga.

Semoga kita dapat memanfaatkan bulan suci dengan mengamalkan beberapa rutin yang berkesan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >