Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Kaum Adam dibelenggu isu mental: Minta sokongan bukan tanda lemah

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



Tekanan kehidupan boleh memamah jiwa sesiapa sahaja, dan mereka yang terkesan dengannya tidak harus merasakan diri mereka lemah. Selain memohon kekuatan dari yang Maha Esa, manusia juga digalak berusaha termasuk mendapatkan bantuan serta sokongan bagi memulihkan jiwa dan minda yang dibelenggu. Mendapatkan sokongan tidak mencerminkan kelemahan. Malah, ia melambangkan kekuatan. Minggu ini, HIDAYAH mengupas keprihatinan aktivis dalam gerakan kesihatan mental yang prihatin mengenai ketidaksanggupan golongan muda lelaki yang dibelenggu masalah kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan.




SEJAK memulakan projek untuk memahami cabaran yang dihadapi belia dari segi kesihatan mental, Cik Syimah Jusni telah menerima lebih 200 catatan peribadi daripada belia berbilang latar belakang.



Namun ada satu trend yang boleh dicungkil dari catatan-catatan itu.



Kebanyakan catatan yang disumbangkan oleh belia lelaki tidak mengandungi maklumat peribadi atau pekerjaan mereka.



Menurut Cik Syimah, yang juga pengasas bersama usaha Project: It'll Be Alright itu, pengecualian maklumat sedemikian mungkin mencerminkan rasa malu atau tekanan yang dihadapi kaum lelaki apabila diajak berbincang tentang kesihatan mental secara terbuka.



Malah, ia juga boleh menunjukkan bagaimana tekanan sosial, dari segi pandangan masyarakat mengenai sifat kelelakian tertentu - orang lelaki kuat dan tidak seharusnya menunjukkan kelemahan - boleh mempengaruhi perbuatan seseorang, kata Cik Syimah, yang berkata masih ada banyak ruang untuk masyarakat bersama memahami isu kesihatan mental.



Cik Syimah, yang bertugas sebagai pengurus akaun di Dell, tergerak untuk membantu golongan ini. Pada Mac lalu, Cik Syimah dan tiga rakannya memulakan projek yang bertujuan membantu belia menghadapi tekanan dan menghadapi cabaran mental.



Projek itu kini antara beberapa projek lain yang disenaraikan dalam Rangkaian Kebajikan Kesihatan Mental Belia (YMWBN), yang kerap bekerjasama dengan Perikatan untuk Bertindak (AfA) SG Bersama bagi melibatkan lebih ramai warga dalam usaha pembangunan negara.



Menerusi projek itu, Cik Syimah, bersama lebih 20 relawan belia mengumpul kisah cabaran peribadi berhubung kesihatan mental belia daripada pelbagai latar belakang.



Menurutnya, terdapat banyak faktor yang menyebabkan isu kesihatan mental timbul dalam kalangan belia, meskipun adalah sukar untuk mengenal pasti sebarang sebab utama.



Ini termasuk tekanan di tempat kerja, sekolah, serta isu hubungan dengan teman, pasangan dan keluarga.



Apabila berdepan dengan masalah sedemikian, ada lelaki yang memendam perasaan kerana menganggap mereka lemah jika meminta bantuan.



"Saya kira, harapan dan tanggapan masyarakat terhadap sifat kelelakian, yang mana mereka diminta oleh masyarakat atau generasi lebih tua agar terus bersikap tegas, kuat, sebagai pemimpin keluarga dan sebagainya membuat mereka mengelakkan diri daripada berkongsi cabaran mereka."



"Ini kadangkala bertentang dengan cabaran hidup semasa, yang mana belia sekarang menghadapi tekanan di tempat kerja, di sekolah dan lebih-lebih lagi semasa pandemik ini yang mana batasan kerja dan rumah sudah hampir lesap.



"Jadi lama-kelamaan apabila mereka menyimpan perasaan dan cabaran yang terpendam tanpa merujuk kepada atau seorang yang dipercayai untuk menerima sokongan, ia boleh menyebabkan keadaan mereka menjadi lebih teruk."



Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata belia pada masa ini menghadapi cabaran kesihatan mental yang amat berbeza sekali berbanding generasi sebelum mereka.



Dan ini satu isu yang perlu dititikberatkan untuk menangani masalah tersebut, kata Encik Ong semasa bercakap di perbincangan panel yang dianjurkan Project: It'll Be Alright pada 16 Oktober lalu.



Dalam pada itu, Cik Syimah juga menyentuh tentang kesan bercanggah disebabkan media sosial.



Meskipun media sosial boleh menyediakan ruang untuk seseorang meluahkan perasaan, ia juga menunjukkan gambaran kehidupan orang lain yang 'sempurna'.



"Ia lebih baik jika seseorang itu mencari satu ruang yang selamat, seperti ada teman-teman yang dipercayai untuk menyuarakan keprihatinan mereka selain merujuk kepada seorang pakar," kata Cik Syimah.



"Masyarakat kita perlu memberanikan diri untuk mendepankan isu kesihatan mental secara terbuka agar dapat menghilangkan stigma terhadap isu itu. Kita juga diharap mendidik diri terhadap isu itu dan saling mengamalkan siap prihatin terhadap satu sama lain agar dapat membina masyarakat yang lebih memahami."




"Masyarakat kita perlu memberanikan diri untuk mendepankan isu kesihatan mental secara terbuka agar dapat menghilangkan stigma terhadap isu itu. Kita juga diharap mendidik diri terhadap isu itu dan saling mengamalkan sikap prihatin terhadap satu sama lain agar dapat membina masyarakat yang lebih memahami."
- Cik Syimah Jusni, pengasas bersama Project: It'll Be Allright.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >