Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Nabi secara khusus sandarkan tugas didik anak pada ayah

Sep 08, 2023 | 05:30 AM



Peranan seorang ayah bukan sekadar mencari nafkah semata-mata. Bahkan, beliau seharusnya melibatkan diri dalam pembesaran anak-anak.

Tanggungjawab ini ditekankan dalam Khutbah Jumaat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada minggu lalu yang memetik hadis Rasulullah saw yang bermaksud “seorang lelaki yang mendidik anaknya lebih baik daripada bersedekah dengan segantang barang”. [Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi].


Hadis tersebut bukan sahaja mengandungi fadilat serta kelebihan mendidik anak atas perbuatan bersedekah, bahkan mengandungi panduan bagi individu yang bergelar ayah.

Menurut khutbah, jika kita perhatikan, Baginda saw secara khusus menyandarkan perbuatan mendidik anak kepada seorang ayah.


Ini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa tanggungjawab terpenting buat seorang ayah adalah dalam mendidik anaknya.

Bukan sahaja dalam aspek mendidik dan meluangkan masa, bahkan seorang ayah perlu menjadikan rumah sebagai sekolah pertama buat anak-anak.

Ini adalah supaya anak-anak kita dapat pendedahan kepada nilai-nilai keagamaan seawal usia muda, seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Perhatikan kisah Luqman Al-Hakim yang diceritakan dalam Al-Quran. Beliau sangat prihatin akan agama dan keperibadian anaknya. Beliau mendidik, menasihati serta mengajar anaknya untuk menjaga agamanya, akhlaknya dan juga untuk terus bersabar dalam mengharungi ujian kehidupan.

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta cegahlah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah di antara perkara-perkara yang perlu diambil berat.”


“Ambillah pengajaran daripada kisah Luqman ini. Bagaimana dia sangat prihatin dengan pendidikan serta pembentukan anaknya. Walaupun tegas dalam mendidik, ia tetap dipenuhi dengan perasaan kasih sayang.

“Peranan kita sebagai seorang ayah bukan sekadar mencari nafkah semata-mata. Bahkan, seorang ayah seharusnya melibatkan diri dalam pembesaran anak-anak kita,” jelas khutbah.

Ia menyarankan agar insan bergelar ayah, biarpun sesibuk mana jadual pekerjaan hariannya, menjadikan rutin setelah pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama anak-anak – makan bersama, ataupun sekadar duduk bersama bercerita tentang kejadian seharian.

Turut dianjurkan supaya gangguan seperti telefon bimbit dan sebagainya dimatikan sementara kerana itulah masa yang dikhususkan untuk diluangkan bersama ahli keluarga.

Sambung khutbah: “Maka hargailah masa itu dan ambil peluang itu untuk memupuk hubungan yang lebih erat. Kerana dengan eratnya hubungan kita, lebih mudah untuk anak-anak menerima nasihat serta pengajaran daripada kita.”

Semoga Allah swt memberkati masa kita, supaya dapat kita meluangkannya bersama keluarga dalam melakukan kebaikan dan kebajikan bersama dalam mencari keredaan-Nya, amin Ya Rabbal ‘Alamin.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >