Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Penting cari ilmu, dari sumber mana ia diperolehi

Sep 15, 2023 | 05:30 AM



Agama Islam amat menitikberat kepentingan mencari ilmu, apatah lagi pengetahuan agama, serta daripada sumber mana ia diperolehi kerana kita, pada suatu hari nanti di hadapan Allah swt, akan dipertanggungjawabkan atas segala perkara yang pernah kita lakukan di dunia ini.


Demikian ditekankan dalam Khutbah Jumaat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 8 September lalu yang dimulakan dengan penganjuran sunah Nabi saw supaya membaca Surah Al-Kahfi pada setiap Jumaat, yang padanya terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran untuk setiap individu dan segenap lapisan masyarakat.


Antara kisah yang terdapat pada surah tersebut, kongsi khutbah, adalah berkaitan kisah Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as mengenai ilmu pengetahuan.


Ia bermula dengan semangat serta tekad Nabi Musa as menuntut ilmu, serta mencari individu yang memiliki ilmu pengetahuan melebihi dirinya.


Kisah ini dirakam dalam Al-Quran apabila Allah swt berfirman yang bermaksud: “Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku daripada apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?” (Surah Al-Kahfi, ayat 66).


Proses pembelajaran Nabi Musa as itu melibatkan beberapa tindak-tanduk Nabi Khidir as yang tidak mampu difahami Nabi Musa, namun, perbuatan Nabi Khidir sebenarnya adalah berlandaskan pada ilmu yang tidak diketahui Nabi Musa.


Kisah ini sebenarnya mendorong setiap Mukmin supaya menitikberatkan ilmu serta dari manakah sumber pengetahuannya.

Khutbah mengajak kita memerhatikan firman Allah swt: “Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu akan dipersoalkan tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’, ayat 36).


Ini kerana pada surah ini terkandung peringatan daripada Tuhan supaya kita tidak mengikuti suatu perkara tanpa ilmu.

“(Ini) kerana setiap perkara yang kita lakukan. Setiap pandangan ataupun ucapan yang kita ungkapkan. Segalanya bakal dipertanggungjawabkan esok di hadapan Allah. Maka hendaklah insan melakukan sesuatu hanya dengan berdasarkan ilmu pengetahuan.

“(Ini) kerana hanya melalui ilmu pengetahuan, kita dapat menjalankan kehidupan kita – secara am – dengan betul. Apatah lagi meneruskan kehidupan keagamaan, dengan penuh keyakinan, berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan panduan agama,” jelas khutbah.

Menurutnya lagi, kepentingan ilmu yang kukuh berkaitan keagamaan tidak dapat lagi diragui, memandangkan tanpanya, ia akan menghasilkan kecelaruan, serta amalan agama yang tiada kepastian.

Kisah Nabi Musa as ini mengajar kita akan kepentingan merujuk kepada orang yang berilmu dalam apa jua bidang.


“Maka tanggungjawab kita adalah merujuk kepada mereka yang lebih berilmu dalam apa jua bidang.

“Sekiranya isu yang dibincangkan berkaitan dengan perubatan, maka rujukannya kepada pakar perubatan. Begitu juga berkaitan urusan agama, rujukannya adalah terhadap mereka yang ahlinya, iaitu asatizah bertauliah.

Mengenai urusan agama, khutbah mengajukan persoalan adakah cukup untuk kita menjadikan beberapa maklumat yang kita perolehi di laman web tertentu, ataupun pada aplikasi tertentu sebagai satu-satunya rujukan serta sumber ilmu kita?

Dengan menekankan peri pentingnya memerhatikan sumber agama, yang menjadi lebih genting lagi di zaman ini, khutbah turut memberi contoh mudah seseorang memperolehi maklumat agama melalui pelbagai wadah, kadangkala sebahagian daripada maklumat tersebut tidak tepat dengan pemahaman agama yang sahih.

“Bahkan sebahagian individu menjadikan agama sebagai wasilah untuk mencapai agenda serta kemaslahatan peribadi mereka.

“Keadaan ini amat membimbangkan buat diri kita serta ahli keluarga kita. Ahli keluarga kita terdedah dengan pelbagai pemahaman.

“Oleh itu, kita perlu lebih berwaspada terhadap pemikiran yang sebenarnya menyesatkan, dan bukannya membimbing. Ia bahkan memecahbelahkan, dan bukannya menyatukan masyarakat,” tambah khutbah.

Sehubungan itu, ia mengajak kita memastikan agar bukan sahaja anak-anak kita mengamalkan agama dan mengetahuinya, bahkan kita sendiri perlu bertanggungjawab memastikan pendidikan agama yang kita serta ahli keluarga kita terima adalah ajaran yang sahih lagi betul, dikendalikan di tempat yang berwibawa dan diajar oleh asatizah berkelayakan.

Semoga Allah swt mengurniakan kita kefahaman dalam ilmu agama, dan semoga Allah swt reda akan kebaikan yang kita kejarkan dan meletakkan kita bersama-sama mereka yang soleh dalam syurga-Nya kelak, amin Ya Rabbal ‘Alamin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >