Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH

Sokongan ramai amat diharap bantu tambah dana peningkatan

Nov 25, 2022 | 06:24 AM



KEKAL dengan imej bersejarah, bangunan Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh adalah antara seni bina lama yang masih kukuh dan bertahan di tengah-tengah kota metropolitan.



Tidak banyak masjid di Singapura mempunyai makam yang berdampingan di sebelahnya, seperti Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh.



Keunikan lokasi itu membolehkan pengunjung melakukan ibadah serta berziarah ke makam terkenal itu.



Pembinaan secara berdampingan itu menjadi simbol sejarah masjid yang dipaparkan kepada orang ramai - warga setempat dan pengunjung luar negara.



Bagaimanapun, masjid dan makam yang sudah menjangkau usia lebih 100 tahun itu memerlukan kerja-kerja peningkatan.



Pengerusi Masjid Haji Muhammad Salleh, Encik Khalid Mohamad, memaklumkan bahawa pelbagai usaha dijalankan untuk meningkatkan dana masjid dan makam.



Beliau menjelaskan: "Antara usaha pihak masjid dalam mengutip dana adalah dengan menyediakan pelbagai cara moden kepada mereka yang berhasrat untuk menderma seperti PayNow, PayPal dan pemindahan wang antara bank.



"Bagi mereka yang tidak biasa dengan cara seperti ini, kami sediakan khidmat pengambilan wang dari rumah. Dengan menghubungi pihak masjid, sukarelawan kami akan mengaturkan janji temu untuk datang ke rumah.



"Selain menguar-uarkan projek pengutipan dana melalui surat khabar, kami turut menggunakan platform media sosial sebagai usaha mengumpul dana naik taraf.



"Pihak masjid juga telah mula melaksanakan "Tabung Cinta" iaitu pengagihan tabung kecil kepada rumah-rumah atau kedai-kedai yang ingin membantu menderma untuk makam dan masjid.



"Di samping itu, kami turut menjalankan program bersama masjid-masjid luar untuk menyebarkan projek kutipan ini. Contohnya, kami akan bekerjasama dengan Masjid Sultan untuk mengadakan Haul Habib Noh esok."



Bagi membiayai kos peningkatan masjid dan makam, pihak masjid sangat mengharapkan kemurahan hati masyarakat Islam Singapura untuk mencukupkan kutipan dana yang sedang berlangsung.



"Sememangnya, banyak lagi inisiatif yang sedang diusahakan demi memperkenalkan kembali Habib Noh kepada masyarakat Islam supaya mereka menghulurkan bantuan dalam projek naik taraf ini.



"Oleh itu, kami menyeru masyarakat Islam berganding bahu untuk berinfak dengan seikhlasnya dalam membantu kami menaik taraf masjid dan makam demi keselesaan para jemaah masjid dan penziarah makam.



"Semoga usaha pengubahsuaian dan peningkatan ini dapat menaikkan lagi imej Masjid Haji Muhammad Salleh dan Makam Habib Noh, sekali gus meningkatkan kehadiran orang ramai," kata Encik Khalid.




CARA MENYUMBANG



- PayNow ke S03MQ0039G



- Pemindahan wang ke Akaun Semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama akaun "LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH".



- Sila nyatakan di rujukan (reference) sama ada untuk derma masjid atau dana makam.



- Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220-9257 untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >