Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

28 pelajar ditahan di Selangor ganggu ketenteraman awam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

28 pelajar ditahan di Selangor ganggu ketenteraman awam

Feb 20, 2024 | 10:51 AM



HULU SELANGOR: Keseronokan 28 pelajar tingkatan lima yang menunggang motosikal dan mengganggu ketenteraman awam terhenti apabila mereka ditahan polis berhampiran sebuah bangunan kosong di Jalan Kemboja, Bukit Sentosa, di sini pada 19 Februari.


Operasi 1.30 petang itu dilakukan susulan polis menerima enam aduan daripada pihak sekolah dan penduduk setempat berhubung kegiatan tidak sihat yang semakin berleluasa di kawasan terbabit.

Lebih mengejutkan apabila hasil pemeriksaan terhadap semua pelajar mendapati 26 daripadanya adalah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa manakala dua lagi bukan calon SPM.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, berkata kumpulan remaja terbabit didapati kerap mengambil peluang untuk berbuat demikian sehingga mengganggu ketenteraman awam.

“Mereka akan berkumpul di kawasan bangunan kosong untuk ‘rem’ atau mengeluarkan bunyi bising ekzos motosikal masing-masing.

“Oleh itu, polis mengambil tindakan dengan menahan semua mereka yang berusia 17 tahun untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada 20 Februari, lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Ahmad Faizal berkata polis turut mengeluarkan enam saman atas kesalahan tiada nombor pendaftaran dan cermin sisi.

Beliau berkata semua remaja yang ditahan diarah menolak motosikal ke Balai Polis Bukit Sentosa dengan jarak kira-kira 3.5 kilometer.

Terdahulu, tular di laman sosial beberapa video yang dimuat naik pengguna Facebook memaparkan sekumpulan pelajar sekolah menolak motosikal masing-masing selepas ditahan polis kerana membuat bising.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >