Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ahmad Zahid akan bantah Badan Peguam cabar keputusan Peguam Negara lepaskannya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ahmad Zahid akan bantah Badan Peguam cabar keputusan Peguam Negara lepaskannya

Dec 27, 2023 | 11:42 AM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan mengemukakan bantahan terhadap langkah Badan Peguam Malaysia memohon kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara menghentikan prosiding kes salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram Yayasan Akalbudi terhadapnya.


Pada prosiding 4 September 2023, Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan pendakwaan yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin menghentikan semua prosiding terhadapnya pada peringkat itu.

Datuk Ahmad Zahid dikenakan 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Peguam presiden Umno itu, Encik Guok Ngek Seong, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan bagi membantah permohonan berkenaan sebelum 11 Januari 2024, lapor Berita Harian Malaysia.


Katanya pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan Badan Peguam bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman berkenaan.

Melalui permohonan yang difail pada 2 Disember, Badan Peguam, yang menamakan Peguam Negara dan Datuk Ahmad Zahid selaku responden, memohon perintah supaya keputusan Peguam Negara memohon supaya Ahli Parlimen (AP) Bagan Datuk diberi DNAA dibatalkan.

Badan Peguam turut memohon perisytiharan bahawa keputusan Peguam Negara itu batal dan tidak sah serta dibuat melebihi bidang kuasa dan kuasa yang diberikan kepada responden pertama mengikut Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Turut dipohon ialah satu perisytiharan bahawa keputusan itu tidak munasabah, tercemar dengan tidak rasional.

Berikutan itu, Badan Peguam memohon mandamus (perintah mahkamah kepada mahkamah lebih rendah atau seseorang agar melakukan satu tugas awam atau undang-undang) untuk mengarahkan Peguam Negara bertindak mengikut undang-undang dan, jika dianggap sesuai dan wajar, bertindak mengikut Seksyen 254A Kanun Tatacara Jenayah dengan mendakwa semula Datuk Ahmad Zahid.


Sebagai alternatif, Badan Peguam memohon perintah untuk mengarahkan Peguam Negara membekalkannya dengan maklumat, dokumentasi, sebab, asas dan butir-butir yang ia bergantung untuk mencapai keputusan memohon DNAA bagi Datuk Ahmad Zahid.

Badan Peguam memberikan alasan dalam permohonannya bahawa Peguam Negara bertindak secara ultra vires (melebihi bidang kuasa) ketika memohon DNAA dan keputusan itu juga tidak munasabah dan tidak rasional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >