Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Anwar: Jangan biarkan rasuah berakar umbi dalam kalangan polis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar: Jangan biarkan rasuah berakar umbi dalam kalangan polis

Mar 25, 2024 | 03:15 PM



KUALA LUMPUR: Rasuah mesti ditangani tanpa rasa takut atau pilih kasih atau ia akan memusnahkan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata selain Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga perlu memerangi rasuah secara tegas dan berani.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa agar lebih berani dalam menangani isu rasuah dan tidak mensia-siakan pengorbanan yang pernah dilakukan oleh pegawai dan anggota polis terdahulu.

Beliau berkata PDRM perlu memainkan peranan yang lebih dalam isu rasuah dan tidak mempersiakan amanah yang dipertanggungjawab oleh anggota keselamatan yang sudah terkorban.

Ia juga harus berani untuk menyelamatkan bangsa dan tidak mensia-siakan pengorbanan termasuk warga polis yang terkorban.

“Kita tidak boleh mengkhianati amanah ini. Namun saya percaya ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi apabila rasuah menjadi sistemik, ia akan menghakis sendi kekuatan kita.

“(PDRM) ada keberanian untuk bertempur, ada keberanian untuk menyelamatkan bangsa,” katanya pada Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Tahun 2024, di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 25 Mac.

Datuk Anwar juga meminta semua pihak supaya menghayati amanat yang pernah disampaikan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengenai ancaman keselamatan negara.

Katanya, selain ancaman komunis yang berjaya ditangani pasukan keselamatan negara, Tun Abdul Razak pada 1961 pernah memberi amaran mengenai isu rasuah dan prinsip perbezaan (communalism) yang akan menyelubungi negara.

“Dalam isu rasuah... bayangkan pada 1961 lagi, pemimpin utama negara sudah menyanggah keras pimpinan yang merosakkan sendi negara akibat rasuah yang menular.

“Perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu kita memperjuangkan keringat, air mata dan darah bukan untuk mengizinkan pemimpin, pegawai, penjawat awam untuk merampok kekayaan sesuka hati kita,” katanya.

Selain itu, Datuk Anwar mengulangi ketegasannya bahawa undang-undang harus sentiasa dibenarkan untuk dilaksanakan, walau apa pun isunya.

“Siasat perkara itu secara profesional, dakwa dan ambil tindakan segera kerana kita tidak akan bertolak ansur dengan penghinaan kepada mana-mana kaum atau agama,” katanya.

Beliau berkata pihak polis mempunyai kuasa penuh untuk menjalankan siasatan.

“Setiap kali laporan dibuat, ada proses yang perlu diikuti. Kita tidak sepatutnya bertindak kurang ajar – saya tidak kisah sama ada orang itu daripada parti politik, masyarakat sivil, tokoh terkenal atau orang awam,” katanya. – The Star, BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >