Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bayi 2 bulan maut akibat batuk kokol di Kelantan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

29 kes di Kelantan dengan Tanah Merah, Pasir Putih dan Kota Bharu diisytihar kawasan wabak

Bayi 2 bulan maut akibat batuk kokol di Kelantan

Mar 28, 2024 | 02:20 PM



KOTA BHARU: Satu kematian membabitkan seorang bayi lelaki berusia dua bulan akibat jangkitan Pertusis atau batuk kokol direkodkan di Kelantan.

Tiga kawasan wabak turut diisytiharkan di Kelantan iaitu di Tanah Merah, Pasir Puteh dan yang terbaru di Kota Bharu pada 14 Mac lalu di sebuah pangsapuri di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Encik Hilmi Abdullah, berkata kematian bayi akibat batuk kokol itu dikesan di Tanah Merah pada Februari lalu.

“Setakat 26 Mac, sebanyak 29 kes direkodkan di seluruh Kelantan iaitu Kota Bharu (11), Tanah Merah (tujuh), Kuala Krai (empat), Pasir Puteh (tiga), Tumpat (dua) dan Gua Musang (dua).

“Berbanding tempoh sama (Minggu Ke-12) pada 2023 hanya terdapat satu kes Pertussis,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Jelasnya perbandingan itu menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan kes Pertussis yang dilaporkan di Kelantan.

“Daripada 29 kes setakat hari ini, 22 kes atau 76 peratus daripadanya membabitkan bayi berusia antara satu hingga lima bulan,” katanya.

Mengulas lanjut Encik Hilmi berkata pada 2023, terdapat lima kes kematian dengan keseluruhan sebanyak 90 kes dengan peningkatan kes bermula pada Minggu Ke-35.

Katanya bagi menangani jangkitan itu Jabatan Kesihatan negeri melalui Cawangan Pendidikan Kesihatan telah meningkatkan hebahan kepada masyarakat berkenaan penyakit Pertusis melalui media sosial dan bahan promosi kesihatan yang dipamerkan di klinik dan hospital.

Encik Hilmi turut menasihatkan orang ramai untuk memakai pelitup muka sebagai satu langkah mencegah penularan penyakit itu, terutama ketika berada di kawasan tumpuan awam.

“Penyakit ini menular melalui udara dan boleh menjangkiti hidung, mulut dan tekak. Ia boleh dijangkiti oleh semua orang tanpa mengira usia dan jantina, namun bayi, kanak-kanak dan warga emas adalah golongan rentan dan merupakan golongan paling berisiko untuk dijangkiti,” katanya.

Penyakit batuk kokol berpunca daripada sejenis kuman bakteria dipanggil Bordetella pertusis, yang berupaya ‘menyeludup’ masuk ke tubuh manusia dalam keadaan tidak aktif atau ‘dormant’ sehingga sampai ke satu tahap mula menyerang anggota badan terutama paru-paru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >