Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bungkusan ‘misteri’ rupanya berisi dadah syabu RM3.2j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Bungkusan ‘misteri’ rupanya berisi dadah syabu RM3.2j

Feb 23, 2024 | 12:57 PM



PADANG BESAR (Perlis): Sepasukan polis menemui sejumlah 98.3 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai lebih RM3.2 juta ($900,000) dalam lima bungkusan plastik ‘misteri’ berwarna hitam yang ditinggalkan di laluan keselamatan PB19 Padang Besar, Perlis, pada 19 Februari lalu.


Kejadian berlaku kira-kira 3 pagi ketika sepasukan polis terdiri daripada seorang pegawai dan lapan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor, Perak, sedang menjalankan rondaan Op Taring Wawasan Kedah/Perlis di laluan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Penolong Pesuruhjaya Mohd Shokri Abdullah, berkata pasukan itu menjumpai lima bungkusan plastik terbabit yang dibiarkan di kawasan berkenaan sebelum hasil pemeriksaan mendapati ada beberapa guni berwarna putih di dalamnya.

“Pemeriksaan lanjut terhadap guni berkenaan pula membawa kepada penemuan 93 peket teh Cina berwarna kuning yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 98.3kg.

“Terdahulu, anggota PGA bertugas telah membuat pemantauan serta pemerhatian selama tiga jam di laluan itu dan mendapati tiada sebarang pergerakan individu menghampiri plastik berkenaan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 22 Februari.


Beliau berkata polis kemudian membawa dadah berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut.

“Kita percaya syabu itu cuba diseludup ke negara ini menggunakan ‘laluan tikus’ menerusi lubang pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di kawasan Padang Besar yang sudah dipotong oleh anggota sindiket.

“Kita juga percaya syabu terbabit adalah untuk pasaran di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Jumlah 98.3kg syabu itu boleh digunakan oleh 400,000 pengguna dadah di seluruh negara. Rampasan syabu berkenaan dianggarkan bernilai RM3.2 juta,” katanya.

Pada 15 Januari lalu polis merampas 528kg dadah jenis methamphetamine bernilai RM19 juta yang ditemukan di dalam kawasan Hutan Simpan Persekutuan di Padang Besar pada 10 Januari, yang disifatkan sebagai rampasan dadah terbesar di Perlis setakat ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >