Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Curi barang kemas ibu mentua untuk bayar hutang, judi, beli dadah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Curi barang kemas ibu mentua untuk bayar hutang, judi, beli dadah

Feb 19, 2024 | 01:40 PM



AMPANG JAYA (Selangor): Hanya kerana ingin menyelesaikan hutang tertunggak, berjudi dan membeli dadah, seorang menantu tergamak mencuri barangan kemas ibu mentuanya.


Malah suspek, 26 tahun, turut menukarkan barang yang dicuri dengan barangan kemas palsu menyebabkan mangsa kerugian RM30,000 ($8,436).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Azam Ismail, berkata pada 3.30 pagi 11 Februari, ketika wanita berusia 56 tahun itu berada di rumahnya di Taman Pandan Mesra, di sini, beliau mendapati barang kemasnya yang diletakkan di dalam laci almari bilik tidur hilang.

Pemeriksaan lanjut mendapati satu gelang tangan emas tiada manakala seutas rantai leher emas miliknya ditukar kepada emas palsu.

“Susulan itu, polis menahan suspek yang tidak bekerja di kawasan Taman Pandan Mesra pada 6.30 petang, 12 Februari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Hasil soal siasat tangkapan pertama, pada 14 Februari lalu, 8.45 malam, sepasukan polis menahan suspek kedua lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai tukang masak di kawasan Sungai Buloh, Selangor, yang berperanan sebagai pembeli barang kemas itu.”

Semakan lanjut mendapati tangkapan pertama mempunyai dua rekod lampau bagi kesalahan dadah manakala tangkapan kedua tidak mempunyai rekod jenayah masa lalu.

“Ujian air kencing tangkapan pertama didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine manakala tangkapan kedua positif dadah jenis kanabis.


“Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” kata Encik Mohd Azam.

Tambahnya, motif kejadian adalah disebabkan suspek memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang tertunggak motosikal, berjudi dan membeli bekalan dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >