KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) polis Malaysia sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang anggota polis yang dikesan menyimpan beberapa sampul ‘hongbao’ mengandungi wang tunai yang diragui sumbernya dalam pemeriksaan di sebuah balai polis di kawasan Kuala Lumpur pada 5 Februari.
Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan satu kertas siasatan tatatertib dibuka terhadap anggota terbabit.
Tanpa mendedahkan jumlah wang yang ditemui, beliau berkata siasatan selepas ini menjurus untuk memastikan bagaimana wang sebanyak itu boleh berada dalam simpanan anggota polis terbabit kerana ia jelas melanggar peraturan tugas.
“Wang itu ditemui ketika pasukan JIPS Bukit Aman melakukan pemeriksaan rawak di balai polis terbabit dan menemui beberapa ‘hongbao’ dan wang tunai dalam simpanan anggota polis berkenaan,
“Apabila sejumlah wang ini ditemui, kita perlu pastikan dengan lebih lanjut sama ada wang ini benar-benar miliknya. Apabila ada sampul ‘hongbao’ itu juga menjadi tanda tanya.. adakah dia ada menerima ‘hongbao’ daripada sesiapa, kerana itu tidak dibenarkan.
“Maka kita perlu bertanya sama ada dia diberi ‘hongbao’ ini, siapa yang memberinya. Maka dia perlu menjawab semua persoalan ini ketika siasatan dalaman nanti untuk kita memastikan berlaku salah laku atau sebaliknya,” jelasnya kepada Berita Harian Malaysia.
Datuk Azri menambah, mengikut prosedur operasi standard untuk anggota yang bertugas di lapangan atau operasi luar seperti sekatan jalankan raya, hanya dibenarkan membawa wang sebanyak RM100 ($28.2).
Apa yang disangka sebagai satu kesilapan, kini menjadi satu pengalaman yang penuh bermakna.
Apabila terlepas tarikh pendaftaran awal untuk program Ijazah Sarjana Muda Media Fesyen dan Perusahaan, Cik
Perubahan iklim dan kemampanan alam kian menjadi pemacu perilaku pilihan golongan Generasi Z dan milenial di tempat kerja dan sebagai pengguna.
Menurut kajian yang dikeluarkan oleh firma khidmat
Ayahnya mula mencetuskan minatnya yang mendalam terhadap sukan sejak kecil.
Didedahkan kepada pelbagai jenis sukan, setiap sukan yang Nur Aziman Rostam cuba membuka pintu baru kepada dunia yang berbeza
Sekitar 16 tahun lalu, Muhammad Yusry Abdullah Musa, berjinak-jinak dalam bidang seni suara dengan memasuki pertandingan, Anugerah Band, bersama kumpulannya, Wira Utara.
Setelah tersingkir pada sesi
Pertandingan band rok seperti Clash of the Bands yang pernah diadakan di Singapura pada kemuncak era kegemilangan rok balada pada lewat 1970-an dan 1980-an harus dikembalikan.
Begitulah pandangan
Apabila diundang membuat persembahan di hadapan usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri, dalam satu acara rumah terbuka jenama D’Herbs di Shah Alam pada 2023, bakat muda Singapura, Md Izzan Adlan Ibrahim
Bagi Cik Nur Rynna Shazrina Mohammed Iskandar, 24 tahun, fesyen bukan sekadar reka bentuk pakaian yang bergaya atau sekadar mencantumkan fabrik.
Malah, beliau menggunakan seni fesyen sebagai curahan
Nilai seorang wanita sering terikat dengan identiti mereka sebagai ibu, anak atau pasangan sehingga identiti dan harga diri sendiri sering diketepikan demi kepentingan orang lain.
Dalam lagu Mahal
Dalam kelembutan, pedas betul sindiran Dalia Farhana terhadap si pihak yang berselingkuh dalam lagu terkininya, Curang.
Dari awal lagu ini, Dalia terus melafaz ketidakpuasannya dengan kata-kata manis
Mengenali tanda-tanda kesihatan mental dan cara mengatasi masalah kegelisahan dan kemurungan merupakan langkah penting bagi menjaga kesejahteraan warga emas.
Berikut adalah panduan ringkas untuk

“Jika bawa wang lebih daripada itu (RM100), anggota perlu mengisytiharkannya kepada penyelia. Namun dalam kes ini, wang itu ditemui dalam lokernya, maka perkara itu perlu disiasat lebih lanjut,” katanya.
Terdahulu, tular satu laporan berhubung pemeriksaan JIPS di sebuah balai polis di ibu kota dan pada pemeriksaan di loker anggota terbabit, pihak JIPS menemui satu beg pinggang mengandungi beberapa sampul ‘hongbao’ serta wang tunai berjumlah RM4,239.
Pemeriksaan lanjut pada beg pinggang dipakai anggota itu turut menemui beberapa sampul ‘hongbao’ mengandungi wang tunai berjumlah RM2,050 dengan keseluruhan wang tunai ditemui sebanyak RM6,289.