Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kastam M’sia rampas dadah ‘zombi’ RM44.4 juta

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kastam M’sia rampas dadah ‘zombi’ RM44.4 juta

Dec 19, 2023 | 01:50 PM



NILAI: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan cubaan sindiket dadah antarabangsa mengaburi pihak berkuasa dengan mengisytiharkan dadah jenis fentanyl seberat 807.9 kilogram (kg) bernilai RM44.4 juta ($12.61 juta), sebagai sebatian minyak wangi.


Sebatian pewangi itu berjaya dirampas JKDM selepas mengesan modus operandi sindiket dadah antarabangsa berkenaan pada tengah malam 9 Disember lalu, di Kompleks Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Lebih mengejutkan, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Datuk Sazali Mohamad, berkata bahan terlarang fentanyl dikatakan 100 kali lebih kuat daripada morfin, malah difahamkan boleh mengubah penagihnya menjadi seperti ‘zombi’ jika dicampur dengan dadah lain seperti xylazine.

“Bertindak atas maklumat, pasukan JKDM telah menyita 26 kotak berisi 72 botol aluminium mengandungi bahan cecair disyaki dadah berbahaya jenis fentanyl yang diisytiharkan sebagai sebatian minyak wangi di Kompleks Kargo Udara KLIA.

“Hasil siasatan awal mendapati ia dihantar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India, dan transit di Kompleks Kargo KLIA sebelum dibawa ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu, menggunakan laluan udara,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 17 Disember.


Dalam sidang media di Cawangan Narkotik JKDM, Datuk Sazali turut memaklumkan ia adalah rampasan pertama pihaknya membabitkan dadah jenis fentanyl setakat ini.

Berdasarkan rekod, kata Datuk Sazali, dadah terbabit bukan untuk pasaran negara ini, tetapi situasi berkenaan tetap membimbangkan.

“Kalau diikutkan, dadah berkenaan sangat kuat, iaitu 100 kali lebih kuat daripada morfin dan 20 atau 40 kali lebih kuat daripada heroin.

“Jika kita tengok di media sosial, ada negara di mana berlaku kes rakyatnya bertukar menjadi ‘zombi’ adalah disebabkan dadah jenis fentanyl. Justeru, sangat berbahaya kalau ia berleluasa dan diedarkan di negara kita,” katanya.

Datuk Sazali berkata berdasarkan jumlah berat dadah yang dirampas itu, JKDM berjaya membanterasnya daripada disalahgunakan kira-kira empat juta penagih.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sepanjang tempoh Januari hingga November 2023, JKDM telah menumpaskan 398 kes berkaitan dadah dianggarkan bernilai RM294.37 juta, meliputi jenis heroin, ketamin, kanabis dan methamphetamine.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >