Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Masyarakat N. Sembilan ‘raya awal’, bantai daging dalam acara ‘mantai’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Masyarakat N. Sembilan ‘raya awal’, bantai daging dalam acara ‘mantai’

Mar 12, 2024 | 05:30 AM



Malaysia akan mula menyambut Ramadan dan berpuasa pada 12 Mac, namun umat Islam di Negeri Sembilan, ibarat sudah menyambut ‘Hari Raya’ lebih awal.

Jangan terkejut, kerana ‘Hari Raya’ yang dimaksudkan adalah kemeriahan hari mantai, yang menjadi kegiatan tradisi dan sangat sinonim dengan masyarakat negeri yang terkenal dengan adat perpatih itu, sebagai simbol meraikan kedatangan bulan mulia, sehari sebelum Ramadan.


Pengerusi Jawatankuasa Kampung Sentosa, Seremban, Negeri Sembilan, Encik Zubir Hassan, 56 tahun, berkata ‘mantai’ adalah dialek Negeri Sembilan daripada perkataan membantai, yang bermaksud acara menyediakan daging sembelihan atau melapah daging seperti lembu dan kerbau, sehari sebelum Ramadan.

Pada hari ‘mantai’, penduduk setempat akan berkumpul di rumah yang telah ditentukan untuk melakukan sembelihan dan melapah daging, sebelum dimasak menu rendang dan sup, selain turut membakar lemang untuk dimakan bersama rendang.

Namun dengan peredaran masa di mana ramai isi keluarga sekarang sibuk keluar bekerja, resam ‘mantai’ masih kekal diteruskan, cuma kebanyakannya hanya membeli daging daripada peniaga di pasar atau di bahu jalan yang menyembelih daging khas untuk kegiatan warisan itu.

Bagi peniaga daging dari Rantau, Negeri Sembilan, Encik Shahfuannizam Zulkifly, 33 tahun, beliau memperuntukkan satu tan daging lembu segar untuk dijual setiap hari bermula lima hari sebelum Ramadan, untuk memenuhi permintaan pelanggan bagi kegiatan ‘mantai’.

“Alhamdulillah, walaupun ‘mantai’ ini lazimnya sehari sebelum Ramadan, sekarang ramai suka membeli daging lebih awal sebab tidak mahu kelam-kabut membeli saat akhir kerana masing-masing sibuk bekerja.

“Daging yang dibeli akan dimasak rendang menggunakan bahan mentah segar seperti santan, kunyit hidup, cili api, lengkuas, kerisik dan serai dan dimakan sehari sebelum kita berpuasa,” katanya.

Lemang juga antara menu yang wajib disediakan dan dijamu sebelum masyarakat Negeri Sembilan mula berpuasa di bulan Ramadan.

Peniaga lemang, Cik Siti Rahayu Abdul Ghani, 44 tahun, berkata beliau membakar 150 lemang setiap hari bermula dua hari sebelum menjelang Ramadan.

“Alhamdulillah setiap hari lemang yang dijual habis. Saya menyediakan tiga saiz lemang iaitu kecil berharga RM14 ($3.98) sebatang, sederhana RM16 dan besar RM18 sebatang. Semua bahan mentah untuk membuat lemang diambil dari kampung suami di Jelebu, Negeri Sembilan,” katanya.

Encik Muhammad Amir Asyraf, 26 tahun, yang menjual dodol sehingga 20 kilogram sehari akan mula memasak makanan pemanis mulut itu dua hari sebelum Ramadan menerusi cara tradisional iaitu menggunakan kawah (kuali besar).

“Setiap pagi saya sediakan bahan-bahannya iaitu tepung pulut, gula dan santan sebelum memasak dodol selama enam jam. Saya sendiri yang mengacau dodol atau juga dikenali sebagai penganan dalam kalangan masyarakat setempat menggunakan resipi warisan nenek,” katanya.

Sejak beberapa tahun lalu, kerajaan Negeri Sembilan turut mengadakan Program Mantai Perdana dengan menyediakan sekitar 10,000 kilogram daging lembu tempatan segar dan dijual pada harga lebih murah daripada pasaran di seluruh negeri. Namun program itu tidak diteruskan pada 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >