Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Mufti Pulau Pinang: Pendakwah tempatan cukup untuk ajar ilmu Islam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mufti Pulau Pinang: Pendakwah tempatan cukup untuk ajar ilmu Islam

Dec 05, 2023 | 07:46 PM



PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menegaskan pengajaran pendakwah tempatan memadai untuk memberi pencerahan selok-belok Islam.


Beliau berkata demikian semasa mengulas langkah Terengganu mengeluarkan fatwa sesat terhadap ajaran pendakwah ‘kontroversial’ asal Syria, Mhd Mohib Khouli Nazem, minggu lalu.

Kerajaan Terengganu pada 16 November lalu mewartakan ajaran Mhd Mohib sebagai sesat kerana ia bercanggah dengan pegangan akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ) di Malaysia.

Datuk Wan Salim berkata kehadiran ramai penceramah asing boleh memburukkan suasana jika pandangan diberikan bercanggah kefahaman majoriti masyarakat Islam yang berpegang kepada akidah Ahli Sunah.

Walaupun secara prinsip ajaran Islam sama di seluruh dunia, terdapat ajaran yang digabungkan dengan adat budaya tempatan sehingga berlaku perbezaan di rantau ini dengan Timur Tengah, Indo-Pakistan dan Afrika, tambahnya.

“Sebagai sedia maklum mazhab yang diikuti di Nusantara adalah Mazhab Syafii, manakala di negara yang disebutkan tadi mazhab dominan adalah Hanafi atau Hambali,” kata Datuk Wan Salim kepada Free Malaysia Today (FMT).


Menurutnya, kesan jangka panjang jika pendakwah asing dibiarkan mengajar tanpa pemantauan juga boleh menggugat perpaduan Islam dan berpotensi melahirkan golongan berbahaya seperti militan IS.

Datuk Wan Salim berkata kumpulan itu menggalakkan nyawa umat Islam yang tidak bersefahaman dengannya “diambil”, dan ada antaranya mentafsir ajaran Islam mengikut pemahaman sendiri sehingga berbalah sesama sendiri.

Mengambil contoh Mhd Mohib, beliau berkata beliau banyak mengkritik ulama tempatan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Encik Mohd Na’im Mokhtar, mengarahkan agensi berkaitan supaya menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib.

Susulan itu, beberapa pihak, antaranya penulis bebas, Syed Akbar Ali, menggesa pihak berkuasa agama supaya menggunakan pendekatan lebih mudah seperti Singapura yang tidak membenarkan pendakwah asing berdakwah lama di negara itu.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berpandangan bahawa ia tidak menjadi masalah bagi pendakwah luar negara berceramah di Malaysia, namun pihak berkuasa perlu memantau dan wajib meminta kebenaran.

“Contoh di Pahang, orang hendak beri ceramah agama mesti minta kebenaran dan ditemu duga kalau tiada masalah baru benarkan sekiranya ikut peraturan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >