Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Pegawai polis Msia didakwa bunuh pelajar Tingkatan 5

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pegawai polis Msia didakwa bunuh pelajar Tingkatan 5

Dec 18, 2023 | 02:15 PM



IPOH: Seorang pegawai polis berpangkat Timbalan Superintendent (DSP) yang terbabit dalam kematian seorang pelajar Tingkatan 5 yang tular pada 15 Disember, berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, Perak, pada 18 Disember.


Tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun, yang tiba dengan tangannya digari dari belakang dan kawalan ketat polis, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Cik S Punitha.

Tuduhan dikendalikan sepasukan lapan Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Cik Azlina Rasdi.

Mengikut tuduhan, lelaki itu didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17 tahun, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Kinta, Ipoh, Perak antara 12.05 tengah hari dengan 12.40 tengah hari, pada 15 Disember.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu diwakili peguam, Encik Jacky Loi Yap Loong dari TY Teh & Partners.

Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan keluarga terdekat mangsa yang masih berduka dengan kejadian itu turut berada dalam kamar mahkamah ketika tuduhan dibacakan ke atas Mohd Nazri.


Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024, sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu beberapa laporan termasuk laporan kimia tertuduh.

Sebaik Jabatan Peguam Negara mengeluarkan kenyataan pada 17 Disember bahawa pendakwaan ke atas pegawai kanan polis itu dibuat atas kesalahan membunuh, warganet menghujani media sosial dengan pelbagai komen dan reaksi syukur serta menyokong tindakan pantas diambil.

Kejadian malang menimpa Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi mendapat perhatian seluruh negara, selepas pegawai kanan polis berkenaan didakwa dengan sengaja melanggar dan menyeret calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian itu, Allahyarham Muhammad Zaharif menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Ketika tuduhan kes di Mahkamah Majistret itu, petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan membabitkan tertuduh secara bebas.

Kumpulan anggota polis dilihat berkawal di perkarangan kawasan Mahkamah Ipoh sebelum enam kenderaan polis bercermin gelap, tiba di kawasan kompleks mahkamah, malah tertuduh juga ditutup dengan jaket hitam bagi mengelak media merakam wajahnya.

Rata-rata pengamal media menyifatkan liputan kes terbabit tidak dapat dibuat secara bebas, tidak seperti kes bunuh lain yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang yang sama.

Pada 17 Disember, bapa mangsa, Encik Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55 tahun, berkata keluarganya melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian Allahyarham.

“Tujuan saya melantik peguam adalah inginkan keadilan dan ketelusan. Saya hendakkan keadilan supaya nasib anak saya terbela, telus, dan tiada selindung-selindung, itu saja,” katanya lapor BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >