Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Pekerja pusat servis maut, rakan parah apabila tayar meletup di Selangor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pekerja pusat servis maut, rakan parah apabila tayar meletup di Selangor

May 03, 2024 | 12:50 PM



SUNGAI BULOH (Selangor): Seorang pekerja pusat servis tayar maut manakala seorang lagi rakannya cedera parah selepas tayar kenderaan jenis jentolak yang diisi angin meletup dalam kejadian di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor, pada 30 April lalu.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira 12.40 tengah hari ketika kededua mangsa sedang mengisi angin tayar sebuah jentolak.

“Bagaimanapun, tayar berkenaan tiba-tiba meletup sehingga terkena kededua mangsa mengakibatkan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah.

“Mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan pada 3 Mei, lapor Kosmo!


Menurut beliau, siasatan mendapati kedua-dua mangsa berusia 19 dan 21 tahun itu merupakan lelaki warga tempatan. Kejadian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kertas siasatan telah dibuka.

Pada 2 Mei, tular video berdurasi 12 saat memaparkan dua pekerja pusat servis tayar berlumuran darah akibat kejadian tayar meletup.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan di Bentong, Pahang, kira-kira 30 kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mengalami kerosakan pada tayar selepas terkena objek besi tajam serta serpihan besi sekerap yang bertaburan di lebuh raya berkenaan.

Semua kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada tayar seperti pancit dan koyak selepas menggunakan laluan menghala ke Kuantan, Pahang, pada 29 April lalu, lapor Berita Harian Malaysia.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar, berkata:

“Siasatan polis mendapati pada hari sama (29 April), sebuah lori dari Balakong, Selangor, menuju ke Gebeng, Kuantan, membawa muatan besi sekerap yang kemudian terjatuh ke atas jalan raya.

“Polis dapat mengesan pemandu lori itu pada 1 Mei dan lelaki berusia 27 tahun itu hadir ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada 2 Mei bagi membantu siasatan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >