Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pengguna M’sia harus bijak berbelanja demi tangani kenaikan kos sara hidup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pengguna M’sia harus bijak berbelanja demi tangani kenaikan kos sara hidup

Mar 31, 2024 | 05:31 AM



PETALING JAYA: Harga makanan terus meningkat pada 2024 dan rakyat Malaysia perlu mengelak daripada makan di restoran atau kedai makanan yang mahal kerana permintaan lebih rendah boleh mengekang harga tinggi, kata pakar ekonomi.


Mereka berkata kerajaan Malaysia juga harus menimbangkan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada makanan import dan mewujudkan rizab bahan makanan asas yang stabil sebagai langkah jangka panjang untuk menangani peningkatan kos makanan.

Pakar ekonomi Universiti Sunway, Profesor Yeah Kim Leng, berkata dengan makan di rumah lebih kerap, rakyat Malaysia boleh mengekang penjaja daripada menaikkan harga mereka.

Walaupun ini akan melibatkan perubahan dalam gaya hidup, keutamaan dan tabiat, pengurangan permintaan pengguna sebagai tindak balas kepada harga tinggi adalah penawar berkesan kepada inflasi tinggi, jelasnya.

“Perlu ada pendidikan pengguna yang lebih besar, penyebaran maklumat untuk memerangi kenaikan harga yang tidak munasabah.

“Pengguna boleh mengelak daripada mengunjungi kedai yang menaikkan harga secara tidak munasabah kerana permintaan lebih rendah akan mengekang harga tinggi,” katanya, lapor The Star.


Bagi memastikan penjaja mampu memperoleh pendapatan yang baik sambil mengekalkan harga makanan rendah, Profesor Yeah berkata perlu ada pusat makanan yang mencukupi dan galakan bagi persaingan sihat dalam kalangan penjual makanan.

“Usaha untuk menggalakkan keusahawanan merentasi semua segmen industri makanan dan minuman akan membantu memastikan persaingan sihat dan harga rendah yang mampan buat pengguna.

“Mengekalkan halangan kemasukan yang rendah dengan memudahkan kemudahan mendapatkan permit, kadar pelesenan dan sewa yang rendah, serta kos input lain juga membantu untuk mengekalkan tahap persaingan sengit yang mencukupi yang akan memastikan harga rendah dan mampan buat pengguna,” tambahnya.

Kesan makan di luar

Memetik data Indeks Harga Pengguna (CPI) Malaysia, Profesor Yeah berkata subkumpulan “makanan di luar rumah” meningkat sebanyak 6.6 peratus pada 2022 dan 6.7 peratus pada 2023, sebelum susut kepada 3.1 peratus pada Januari lalu.

“Oleh itu, kos makan di luar adalah lebih dua kali ganda purata inflasi CPI negara sebanyak 3.3 peratus pada 2022 dan 2.5 peratus pada 2023 dan 1.5 peratus pada Januari 2024. Kenaikan harga makanan penjaja dicerminkan dalam komponen ‘makanan di luar rumah’ dalam bakul CPI,” ujarnya.

Kesan pergantungan makanan import

Pakar ekonomi dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi, Encik Lee Heng Guie, pula berkata kerajaan Malaysia mesti mengurangkan pergantungan negara kepada makanan import dan mewujudkan bekalan makanan ruji dan bahan yang mencukupi.

“Selain itu, ringgit yang kukuh membantu mengekalkan harga import rendah dan meningkatkan kuasa beli pengguna,” katanya.

Sebagai contoh, Singapura menguruskan import makanannya dengan mempunyai sumber yang pelbagai, dan mata wangnya yang kukuh telah mengekalkan kuasa beli isi rumahnya, tambah beliau.

“Kenaikan kos bahan makanan dan bil utiliti lebih tinggi disebut sebagai faktor penyumbang untuk (penjual) menaikkan harga mereka untuk mengekalkan margin mereka, walaupun ada yang menyerap kos untuk mengekalkan pelanggan tetap dan bahagian pasaran mereka,” jelas Encik Lee.

Kesan faktor lain

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Dr Carmelo Ferlito, berkata kesan inflasi sekarang adalah disebabkan pengenalan dasar fiskal yang meluas disokong oleh kadar faedah rendah semasa langkah penutupan Covid-19 tahun-tahun sebelumnya.

“Dasar-dasar ini tidak dapat menunjukkan kesannya semasa perintah berkurung (Covid-19) kerana ekonomi semasa itu tertekan, dan kesan itu hanya dapat dilihat sekarang apabila ekonomi telah stabil,” katanya.

Dr Ferlito memuji usaha Bank Negara Malaysia yang dapat menurunkan inflasi, tetapi berkata ini tidak bermakna berlakunya deflasi.

“Ini hanya bermakna harga meningkat pada kadar lebih perlahan, tetapi kesan penutupan, didorong masalah buruh dan gangguan rantaian bekalan, tidak dapat dihapuskan,” katanya, sambil menambah bahawa rakyat Malaysia harus menimbangkan pilihan perbelanjaan mereka dan komitmen kewangan jangka panjang.

Beliau berkata kerajaan Malaysia harus komited kepada disiplin fiskal dan agenda pembaharuan propasaran, yang boleh mewujudkan ekosistem yang sesuai untuk pelaburan dan membawa kepada lebih banyak pekerjaan dengan gaji lebih tinggi bagi rakyat Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >