Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Polis Johor cari pasangan dari S’pura yang dakwa diperas ugut di CIQ

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis Johor cari pasangan dari S’pura yang dakwa diperas ugut di CIQ

Mar 15, 2024 | 10:52 AM



JOHOR BAHRU: Polis Johor akan memanggil pasangan dari Singapura yang mendakwa pegawai di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar telah memeras ugut RM500 ($142) daripada mereka.

Ketua Polis Johor M. Kumar berkata seorang pengguna Facebook bernama Irene Teo mendakwa mereka diminta membayar jumlah itu kepada dua anggota polis trafik bagi mengelak daripada mendapat saman.

“Saman itu dikeluarkan atas kesalahan memasuki lorong lori di pusat pemeriksaan 8A dari Johor Bahru ke Singapura pada Ahad lalu (10 Mac) jam 8.15 malam.

“Sehingga hari ini, polis tidak menerima sebarang laporan yang dibuat oleh mangsa berhubung kejadian itu,” kata Pesuruhjaya Kumar dalam satu kenyataan pada 14 Mac.

“Kami telah membuat permintaan rasmi kepada pejabat Konsulat Jeneral Singapura di Johor Bahru untuk membantu mengenal pasti pengguna Facebook bernama ‘Sage’ dan ‘Irene Teo’ bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut, yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun, denda, sebat atau mana-mana dua hukuman.

Encik Kumar menambah bahawa polis Johor berdedikasi untuk memerangi salah laku jenayah dalam kalangan pegawai mereka untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap pasukan polis Malaysia.

“Mana-mana pegawai yang disyaki melakukan jenayah akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, mengikut prinsip kesaksamaan undang-undang yang digariskan dalam Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan,” tambahnya.

Pada 12 Mac, Cik Teo mendakwa anggota polis di Johor Bahru telah memeras ugut RM500 daripadanya dan teman lelakinya.

Seorang lagi pengguna Facebook bernama Sage kemudian menyiarkan dua video pengalaman mereka di Facebook dan TikTok @momochan9321 yang menunjukkan modus operandi yang didakwa digunakan oleh anggota polis itu untuk memeras wang daripada mangsa.




@momochan9321

#fyp #malaysiapolice ask us go where? Jom minum kopi? Btw im malaysian just happened to sit on a SG car and this happened. #viral #tiktoksg #wakeupmalaysia

♬ Paris - Else



Menurut pengguna itu, beliau adalah warga Malaysia tetapi dalam sebuah kereta berdaftar Singapura yang dipandu oleh teman lelakinya seorang warga negara Singapura.







Kamera papan pemuka (dashboard cam) dari kereta mereka telah merakam kejadian yang dialami oleh Cik Irene Teo, dan kemudian mereka juga mendapati diri mereka dalam situasi yang sama.

Katanya dalam hantaran ke kumpulan Facebook Road Trip MY SG – Your Malaysia Road Trip Guide:

“Saya dalam kereta itu bersama teman lelaki, dan ibunya yang kali pertama masuk ke JB dengan kereta mereka. Sebagai seorang warga negara Malaysia, saya pernah terdengar cerita tentang ‘kopi lui’ (duit kopi), tetapi tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Selepas mencuba untuk berunding dengan pegawai, akhirnya lesen teman lelaki saya dikembalikan setelah kami setuju membayar RM100 ($28.40).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >