Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Polis rampas dadah terbesar di Perlis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis rampas dadah terbesar di Perlis

Jan 16, 2024 | 12:55 PM



KANGAR (Perlis): Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di Perlis yang menggunakan kawasan Hutan Simpan Persekutuan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Padang Besar sebagai lokasi transit selepas merampas 528 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM19 juta ($5.42 juta) pada 10 Januari.


Dalam kejadian itu juga, empat lelaki berusia antara 21 hingga 42 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Kamarudin Md Din, berkata sindiket itu terbongkar selepas anggota polis daripada JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun di sebuah rumah di sekitar Padang Besar.

“Hasil soal siasat dengan suspek kemudian membawa kita kepada satu tempat penyimpanan sejumlah besar dadah di kawasan Hutan Simpan Persekutuan FRIM di Jalan Tasoh-Kaki Bukit-Padang Besar.

“Pemeriksaan di kawasan itu menemui satu troli besi ditutupi ranting dan daun terbiar yang di dalamnya ada 20 guni berjahit mengandungi 480 bungkusan plastik teh cina disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 528 kilogram.

“Susulan tangkapan lelaki itu akhirnya membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia antara 21 hingga 42 tahun di lokasi sama yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis pada 15 Januari.

Datuk Kamarudin berkata risikan polis mendapati sindiket berkenaan aktif sejak setahun lalu dan menggunakan laluan Hutan Simpan Persekutuan FRIM itu sebagai transit untuk membawa masuk bekalan syabu itu dari negara jiran.

“Bekalan syabu itu dipercayai diperoleh dari Thailand dan dibawa masuk menggunakan ‘laluan tikus’ di sempadan Malaysia-Thailand yang hanya sekitar tiga kilometer saja dari hutan simpan berkenaan, manakala jaraknya dengan jalan utama sekitar dua kilometer.

“Jadi, memang ada akses untuk kenderaan masuk ke lokasi itu untuk meletak dan kemudian memindahkan bekalan dadah itu.


“Syabu itu kemudian akan diedar dan dipasarkan di keseluruhan kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan jumlah keseluruhan dadah dirampas itu boleh digunakan seramai 2.6 juta orang,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >