Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Runtuhan gudang di P. Pinang: 4 disangka tertimbus sebenarnya larikan diri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Runtuhan gudang di P. Pinang: 4 disangka tertimbus sebenarnya larikan diri

Nov 30, 2023 | 01:02 PM



BAYAN LEPAS (Pulau Pinang): Empat mangsa terakhir yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian runtuhan gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada Selasa, sebenarnya berjaya melarikan diri sejurus kejadian.


Dengan itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, mengesahkan tiada lagi mangsa terperangkap di bawah runtuhan gudang logistik itu dan kesemua mereka yang melarikan diri kerana tiada permit, telah ditahan polis pada 4 petang Rabu.

Beliau berkata siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tapak pembinaan mendapati empat individu warga Bangladesh itu berada berhampiran lokasi kejadian pada 9.06 Selasa malam.

“Sebelum ini, kita mendapat maklumat daripada majikan yang menyangka empat individu itu berada di bawah runtuhan sebelum usaha mencari dan menyelamat dilakukan.

“Namun, siasatan mendapati mereka melarikan diri sejurus kejadian dek ketakutan kerana tiada permit, sebelum berjaya dikesan dan ditahan polis kira-kira 4 petang pada Rabu di sekitar Bayan Lepas,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Kejadian runtuhan gudang logistik dalam pembinaan di Batu Maung itu menyebabkan tiga pekerja binaan warga Bangladesh maut, manakala dua lagi cedera parah dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Encik Mohd Sayful Islam, 29 tahun; Encik Md Ahed Ali, 42 tahun; dan Encik Mohammad Mokaddes Ali, 46 tahun.

Manakala dua lagi, Encik Md Uzzal Mridha, 30 tahun, dilaporkan patah kaki kiri, manakala Encik Md Razu Ahamad, 33 tahun, pula cedera pada kepala serta leher.

Datuk Mohamed Usuf berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menggunakan beberapa kaedah termasuk mengorek kawasan runtuhan, menggunakan dron untuk pemantauan udara, adaptasi berdasarkan Coping Strategies Inventory (CSI) oleh Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) serta membabitkan Unit Pengesan Anjing (K9).


“Polis sudah buka siasatan sebagai mati mengejut, malah siasatan juga dijalankan pihak JBPM, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Dapatan menerusi siasatan agensi itu nanti akan diserah kepada polis bagi menentukan klasifikasi seksyen yang sesuai,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JBPM Pulau Pinang, Encik Zulfahmi Sutaji, berkata pihaknya akan mengurangkan jumlah anggota di lokasi berikutan penutupan operasi.

“Namun kita (tetap) berada di sini sekiranya ada apa-apa keperluan atau perkara baru sebelum ia diserah kepada agensi berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik dalam pembinaan itu.

Presiden CAP, Encik Mohideen Abdul Kader, berkata pihaknya kesal dan kecewa dengan kemalangan yang mengorbankan tiga nyawa, manakala dua parah.

“Memandangkan tempat kejadian berdekatan pantai yang terdiri daripada tanah pasir dan batu kerikil, sebarang struktur dibina di kawasan berkenaan perlu dipastikan benar-benar selamat dengan mengambil kira kajian geologi,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menurut laporan JKKP, sebanyak 6,793 kemalangan pekerjaan disiasat di Malaysia pada 2020 dan daripada jumlah itu terdapat 193 kematian, sementara 256 hilang upaya kekal membabitkan pekerja asing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >