Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

‘Senarai panjang’ individu bakal disiasat kes rasuah babitkan RM4.5b

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

‘Senarai panjang’ individu bakal disiasat kes rasuah babitkan RM4.5b

Jan 22, 2024 | 11:48 AM



PUTRAJAYA: Seorang mantan menteri kewangan, seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan sebilangan pegawai utama kerajaan Malaysia adalah antara “senarai panjang” individu yang dijangka dipanggil agensi rasuah negara itu dalam siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan perolehan dan pengurusan kumpulan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion ($1.27 bilion).


Mengesahkan bahawa pegawainya telah menyerbu kediaman ahli perniagaan itu dan empat syarikat pada 18 Januari, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata satu senarai panjang individu akan dipanggil untuk menjelaskan dua isu.

“Kami ingin mengetahui mengapa syarikat ini diberi tugas untuk menguruskan kenderaan kerajaan.

“Kedua, kami juga mahu penjelasan mengapa hasrat untuk memberikan projek (sama) ini kepada syarikat lain dibatalkan walaupun telah menerima Letter of Intent (LOI) daripada Kementerian Kewangan,” kata Tan Sri Azam kepada The Star.


Dilaporkan bahawa syarikat itu mendakwa telah dipilih untuk menguruskan konsesi kumpulan kenderaan melalui LOI (Surat Hasrat) yang dikeluarkan pada 2018 tetapi telah ditamatkan sebelum anugerah sebenar yang ditetapkan diumumkan.

Syarikat itu telah memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia.

Menjawab satu soalan, Tan Sri Azam berkata mantan menteri kewangan itu akan dipanggil kerana beliau boleh membantu menjelaskan dua isu berkenaan.

“Kami akan mendapat maklumat dan penjelasan mengenai perkara ini, memandangkan kedudukan beliau ketika itu.

“Kita juga boleh memanggil seorang mantan perdana menteri untuk menentukan sama ada beliau sedar perkara itu seperti yang berlaku semasa pentadbirannya,” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bukan mudah untuk menjalankan sebarang siasatan terhadap golongan kenamaan.

Justeru, beliau meminta rakyat menyokong usaha kerajaan dalam menyiasat golongan atasan termasuk individu bergelar Tun berhubung kecurian dana kerajaan, lapor Berita Harian Malaysia.


“Kami akan kejar penyangak itu, saya tidak peduli, apabila kita nak ambil tindakan (ke atas golongan tersebut) rakyat marah, Perdana Menteri ini kasar sangat. Bagi saya aneh, sepatutnya kamu sokong. Bukan senang tahu, mahu siasat Tun,Tun.

“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu sekolah lagi senang, saya mahu siasat orang kaya yang besar-besar curi duit ingat senang ke? Tak senang.

“Kita mahu jaga negara ini, jangan bagi orang curi harta rakyat,” katanya ketika berucap di satu majlis sambutan Ponggal di Klang pada 20 Januari.

Pada 17 Januari, SPRM mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Encik Mirzan Mahathir, anak kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu, isteri kepada mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, dan dua anaknya hadir ke SPRM dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan mantan menteri dan ahli perniagaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >