JOHOR BAHRU: Selepas dua kejadian membabitkan tonggak bola sepak Malaysia disimbah asid dan disamun, seorang lagi bintang bola sepak, Safiq Rahim, dilaporkan diserang individu tidak dikenali.
Kejadian pada 7 Mei malam itu menyebabkan cermin keretanya dipecahkan di Pusat Latihan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Sri Gelam, Johor Bahru, Johor.
Pemain bola sepak bagi pasukan JDT berusia 37 tahun itu dikatakan didatangi dua lelaki menaiki motosikal, selepas beliau mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, kira-kira 10 malam.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City yang Safiq pandu dihampiri sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta yang Safiq pandu sehingga ia pecah, menyebabkan beliau memberhentikan kenderaan.
“Dua lelaki terbabit kemudian berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya lapor Harian Metro.
Safiq kemudian membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, kira-kira 11 malam.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga.
Kalau awak tu masih baru lagi dalam industri hiburan dan belum banyak ilmu dan pengalaman, janganlah pula nak berlagak ‘terror’ dan mengatasi
Pada usia 27 tahun, Cik Zarifah Rasid, merealisasikan impiannya untuk membuka restoran masakan Italy, The Fluffy Chef, pada September 2023.
Perjalanan kulinari Cik Zarifah bermula di Institut
Setiap kali menonton filem seram Indonesia, saya akan mengurangkan jangkaan.
Ini kerana sejak akhir-akhir ini, tidak banyak filem seram dari negara jiran itu yang bermutu tinggi dan dapat meninggalkan
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Penolong Pesuruhjaya Raub Selamat, berkata polis giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta Safiq.
“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Polis sedang mengesan dan berusaha menangkap suspek yang terbabit,” katanya mengenai kes melibatkan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu.
Kejadian itu berlaku selepas tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim, yang juga bintang Selangor FC, disimbah asid di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, Selangor, pada 5 Mei.
Seorang lagi pemain kebangsaan yang juga pemain pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid, disamun dan diserang di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu pada 2 Mei.