Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

SPRM siasat kereta mewah Bugatti Veyron terkait skandal 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

SPRM siasat kereta mewah Bugatti Veyron terkait skandal 1MDB

Apr 29, 2024 | 02:35 PM



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan maklumat berhubung rampasan empat kereta mewah jenis Bugatti Veyron yang dikaitkan dengan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Munich, Jerman.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya menghantar permohonan untuk mendapatkan maklumat itu daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

“Pada 26 Oktober 2022, SPRM pernah menghantar permohonan sama bagi mendapatkan maklumat mengenai pembelian kereta mewah di negara itu yang menggunakan dana bon 1MDB.

“Dalam perkembangan terbaru ini, SPRM telah menghantar permohonan untuk maklumat terkini daripada pihak Jerman,” katanya, lapor Sinar Harian.


Tan Sri Azam juga mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung isu berkenaan sejak 2020.

“Ia bermula apabila SPRM mengemukakan Permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) ke Switzerland untuk mendapatkan maklumat mengenai aset beku berkaitan kes 1MDB pada November 2020.

“Ini diikuti dengan mesyuarat bersama Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) berkaitan 50 kereta mewah yang terbabit dalam siasatan 1MDB pada 2021,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya sedia bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan kes terbabit.

Terdahulu, media Jerman, Bild, melaporkan pihak berkuasa merampas empat kereta mewah model Bugatti Veyron di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan siasatan kes 1MDB.


Menurut laporan itu, kesemua kenderaan mewah edisi khas itu dirampas daripada satu kemudahan penyimpanan persendirian di Munich.

Empat kenderaan itu ialah Rembrandt edisi Veyron, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini dengan setiap kereta berharga lebih AS$3 juta ($4.09 juta).

Bild melaporkan kereta berkenaan dikesan dan dirampas Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih.


Sementara itu, SPRM juga giat menyiasat seorang pemimpin kanan di kawasan utara Malaysia kerana disyaki melantik beberapa syarikat dipercayai mempunyai kepentingan dengannya membabitkan projek pembekalan dianggar bernilai RM300,000 ($85,659).

Sumber SPRM memberitahu pemimpin itu juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan, yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan anak pemimpin berkenaan.

Beliau berkata projek berkenaan dipercayai dimonopoli anak pemimpin terbabit dengan menggunakan beberapa lesen syarikat-syarikat di bawah kawalannya.

Katanya, kesalahan itu dipercayai dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 dan syarikat berkenaan turut disyaki mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu bagi kerja-kerja terbabit, selain diberikan komisen kira-kira 5 peratus daripada nilai projek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >