Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sultan Johor ingatkan ahli politik elak ‘virus perpecahan’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sultan Johor ingatkan ahli politik elak ‘virus perpecahan’

Nov 22, 2023 | 04:59 PM



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menyeru semua pemimpin Malaysia supaya bertolak ansur dan hormat-menghormati di antara satu sama lain demi meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat negara itu.


Beliau yang akan dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari 2024 berkata keutamaannya bukan untuk menjaga kepentingan politik 222 wakil rakyat, sebaliknya 33 juta rakyat Malaysia akan menjadi kepentingan dan keutamaannya.

“Pelantikan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 bukanlah satu kenaikan pangkat, namun tambahan tanggungjawab yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga sebagai Ketua Negara.

“Saya berasakan negara pada hari ini telah dijangkiti satu virus yang pernah saya sebutkan dahulu semasa di Pasir Gudang iaitu virus perpecahan.

“Virus ini berpunca daripada pemimpin politik yang sanggup berbalah, caci-mencaci, menabur fitnah dan memecah perpaduan rakyat demi mengejar kuasa dan kedudukan demi kepentingan diri sendiri.

“Sehubungan itu saya menitahkan dan menyeru semua pemimpin bertolak ansur, dan hormat-menghormati di antara satu sama lain untuk meningkatkan kemakmuran serta kesejahteraan hidup rakyat,” kata beliau dalam akaun Facebook rasminya, lapor Berita Harian Malaysia pada Rabu.


Teks ucapan Sultan Ibrahim itu adalah sempena Majlis Istiadat Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-65 beliau di Dewan Singgahsana Istana Besar Johor Bahru, pada Rabu.

Sultan Ibrahim sebelumnya dilaporkan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari 2024.

Pada 3 November 2016, beliau dilaporkan berkata ‘virus’ perpecahan yang datang ke negeri itu berpunca daripada parti politik baru dan ahlinya yang menjadi penyebar sehingga menghentam kerajaan serta menghasut rakyat membenci pemimpin.

“Ingin saya ingatkan mengenai satu penyakit sedang datang ke Johor akibat sejenis virus yang amat bahaya, lebih teruk daripada Zika kerana tiada penawarnya. Virus yang saya maksudkan adalah virus perpecahan,” kata beliau ketika itu.

Sementara itu, Sultan Ibrahim berkata anaknya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, akan dilantik sebagai Pemangku Sultan sepanjang tempoh beliau melaksanakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Ibrahim berkata mengikut Perlembagaan, sepanjang tempoh memegang jawatan Agong, beliau perlu melepaskan tampuk pemerintahan negeri kepada Tunku Ismail Ibrahim.

Justeru, beliau mengamanahkan kerajaan negeri untuk memberi tunjuk ajar kepada Tunku Mahkota Johor.

“Sama macam mana saya dibimbing sebagai Pemangku Sultan ketika Almarhum ayahanda saya menjadi Yang di-Pertuan Agong, pada 1984.

“Pemangku Sultan akan memikul tanggungjawab untuk menjaga negeri dan rakyat Johor serta menjalankan segala hak dan kuasa pemerintahan negeri kecuali sebagai Ketua Agama Islam,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >