Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tanah runtuh, penghuni 9 rumah diarah pindah, empat kereta tertimbus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tanah runtuh, penghuni 9 rumah diarah pindah, empat kereta tertimbus

Dec 18, 2023 | 01:23 PM



KUALA LUMPUR: Seramai 29 penghuni di sembilan rumah di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, di Puchong dekat sini, diarah berpindah susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku pada lewat 16 Disember.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (AC) A Anbalagan, berkata satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong.

Beliau berkata sembilan rumah itu terletak hampir dengan kawasan tanah runtuh dan 29 penghuninya diarah berpindah segera sebagai langkah keselamatan kerana bimbang berlaku lagi pergerakan tanah.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 7.30 malam tadi disebabkan hujan lebat yang tidak berhenti bermula 5.45 petang sehingga 7.30 malam menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

“Kejadian tanah runtuh turut menyebabkan empat kenderaan tertimbus, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.


Katanya, empat kenderaan yang tertimbus itu masing-masing sebuah Honda Jazz, Nissan Skyline, Honda City dan Naza Citra.

AC Anbalagan berkata setakat ini semua sembilan kediaman itu sudah dikosongkan dengan lapan orang daripada satu keluarga berpindah sementara ke PPS Dewan Serbaguna MBSJ, manakala yang lain menumpang di rumah saudara masing-masing.

“Kita turut membuka Pusat Kawalan tempat kejadian (PKTK) di Jalan Wawasan 3/9 dan pemantauan di lokasi kejadian terus dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, selain pihak polis, beberapa agensi turut melakukan pemantauan dan kawalan di lokasi termasuk pasukan bomba, Jabatan Kejuruteraan MBSJ, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menceritakan pengalamannya, Encik Abd Rahim Md Ali, 72 tahun, seorang daripada pemilik rumah terbabit, berkata semasa kejadian beliau bersama isteri, seorang anak dan empat cucu berada di rumah yang dibelinya lebih 23 tahun lalu.

Beliau sedang bersiap untuk menunaikan solat maghrib sebelum terdengar bunyi pokok patah disusuli dentuman.

“Saya menjenguk melalui tingkap bilik di tingkat atas dan nampak pokok tumbang lalu segera turun. Isteri beritahu ada tanah runtuh dan saya sangkakan hanya pokok tumbang.

“Sebaik membuka pintu, saya nampak jalan di hadapan rumah sudah runtuh manakala kereta yang diletak di tepi jalan turut terjunam dalam gaung. Terus kami sekeluarga lari selamatkan diri ikut pintu belakang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Encik Abd Rahim turut mendengar jeritan beberapa jiran sebelum mereka sekeluarga keluar menyelamatkan diri.

Beberapa minit kemudian, katanya, pasukan bomba dan polis tiba di lokasi sebelum mereka diarah mengosongkan rumah buat sementara kerana bimbang berlaku runtuhan susulan.

Sementara itu, tinjauan mendapati kerja penyelenggaraan dan baik pulih di kawasan terjejas runtuhan giat dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >