Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Terpaksa tangguh kahwin kerana dipenjara ceroboh surau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Terpaksa tangguh kahwin kerana dipenjara ceroboh surau

Nov 20, 2023 | 01:13 PM



MUAR: Padah menceroboh surau dengan niat mencuri wang tabung, seorang lelaki bukan saja terpaksa menjalani kehidupan di penjara selama enam bulan, bahkan terpaksa menangguhkan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung Disember ini.


Tertuduh, Nordin Ahmad Maat, 50 tahun, dijatuhi hukuman penjara 14 hari serta denda RM2,000 ($574) oleh Mahkamah Majistret Muar, Johor, selepas disabitkan bersalah atas tuduhan menceroboh bangunan dan memecah tabung surau.

Majistret Cik Fatin Dalilah Khalid, menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh mengaku salah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Berita Harian Malaysia (BHM) pada Ahad melaporkan, kerana gagal menjelaskan denda RM2,000, tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan, sekali gus menyebabkan tertuduh tidak dapat meneruskan hasrat berkahwin pada Disember.


Nordin yang bekerja di kebun didakwa menceroboh surau di Bukit Mor, Parit Jawa, Muar, Johor, dengan niat mahu melakukan jenayah kira-kira 11.30 malam pada 9 November 2023.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilaporkan memasuki surau berseorangan dipercayai untuk mencuri duit tabung.

Perbuatan tertuduh berjaya dikesan seorang kariah surau selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbit.

Pengadu kemudian memanggil rakannya lalu ke surau terbabit dan melihat satu motosikal di tempat letak kenderaan di hadapannya.

Tertuduh yang menyedari kehadiran pengadu, kemudian bertindak melarikan diri dengan memanjat pagar belakang surau terbabit.

Berikutan itu, pengadu membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan untuk tindakan lanjut.

Semakan mendapati tertuduh mempunyai empat rekod lampau pada 2019, iaitu dua rekod bagi Seksyen 411 manakala Seksyen 448 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan, masing-masing satu kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >