Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tiga polis dipercayai minta rasuah daripada pemandu lori ditahan SPRM

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tiga polis dipercayai minta rasuah daripada pemandu lori ditahan SPRM

Mar 28, 2024 | 02:20 PM



JOHOR BAHRU: Tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mersing, Johor, selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah, pada 27 Mac.

Sumber SPRM berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia antara 36 hingga 42 tahun ditahan di Pejabat SPRM Negeri Johor kira-kira 7 malam 27 Mac.

Difahamkan, semua suspek meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 ($2,220) daripada pemandu lori kelapa sawit dan baja di sekitar Mersing pada November 2023.

Ia sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

“Semua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 28 Mac untuk perintah tahanan reman,” katanya lapor Harian Metro sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Dalam satu kes berasingan di Alor Star, Kedah, seorang pengarah agensi penguat kuasa negeri direman sehari bagi membantu SPRM dalam siasatan kes rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan kapal di bawah seliaannya.

Menurut sumber, suspek disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi melakukan kerja penyelenggaraan kapal bernilai RM1.18 juta membabitkan sebuah syarikat.

Katanya, suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan kira-kira 5 petang 26 Mac.

Pengarah SPRM Kedah, Encik Ahmad Nizam Ismail, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek dan memaklumkan siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >