Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Acara Hari Raya kukuhkan hubungan pelbagai kaum warga S'pura di UAE

May 17, 2023 | 05:30 AM



DARI DUBAI, UAE: WARGA Singapura di luar negara digesa agar sentiasa berhubungan dengan kedutaan Singapura di negara masing-masing.



Duta Singapura ke Amiriah Arab Bersatu (UAE), Encik Kamal R. Vaswani, menyorot tentang kes 14 warga Singapura dan seorang anggota keluarga yang diselamatkan keluar dari ibu kota Sudan, Khartoum dengan bantuan kerjasama erat dalam kalangan kedutaan-kedutaan dan pemerintah-pemerintah Singapura, Malaysia, Arab Saudi dan UAE baru-baru ini.



"Justeru, perlu mempunyai hubungan rapat dengan pihak kedutaan anda dan selalulah berhubungan dengan Singapura," gesa beliau semasa berucap di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat berbilang kaum Singapura yang menetap di UAE.



Dalam kes bulan lalu itu, dua keluarga Singapura seramai 14 orang dan seorang lagi anggota keluarga selamat dipindah keluar dari Khartoum, Sudan ke Jeddah, Arab Saudi menyusuli perbalahan serius antara dua golongan tentera di sana.



Majlis tahunan yang dihadiri sekitar 300 hadirin itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Melayu-Islam Singapura (SMG) Dubai dan Kedutaan Singapura di UAE di sebuah hotel di Dubai pada 14 Mei lalu.



"Hari Raya adalah sesuatu yang mencerminkan semangat Singapura. Justeru, kita lihat semua kaum datang hadir bersama. Terdapat jalinan semangat muhibah yang tinggi dalam kalangan masyarakat Singapura di UAE," ujar Encik Kamal.



Konsulat Jeneral Singapura di Dubai, Encik Raziff Aljunied pula berkata sambutan sangat menggalakkan dalam perayaan Aidilfitri itu mencerminkan hubungan erat antara masyarakat Melayu-Islam dan kaum-kaum lain Singapura di UAE dengan kedutaan Singapura di UAE.



"Dengan tema 'Balik Kampung' yang anda pilih bagi perayaan Hari Raya tahun ini, jangan lupa bahawa anda juga adalah warga Singapura dan tidak melupakan Singapura," ujarnya.



Beliau berkata pihaknya gembira memberi sokongan pada para peniaga Singapura untuk membangun perniagaan dan kerjaya mereka di Dubai dan seterusnya menjangkaui UAE.



Dalam acara gilang-gemilang yang kesemuanya disertai para peserta SMG sendiri, bermacam acara mencerminkan budaya dan tradisi Melayu dipersembahkan oleh pelbagai peringkat usia. Ini termasuk persembahan pencak silat, dikir barat, tarian oleh kumpulan wanita dan kanak-kanak, nyanyian lagu-lagu hari raya serta bermacam-macam permainan untuk para peserta sertai.



Ketua SMG, Encik Ahmad Fuad Abu Bakar, berkata mereka yang merancang majlis Perayaan Hari Raya itu serta para peserta yang mengambil bahagian menunjukkan komitmen tinggi untuk menjayakan majlis tersebut.



"Mereka merancang dan berlatih lebih tiga bulan lalu. Ramai golongan muda tampil dan berlatih bersungguh-sungguh terutama dalam dikir barat dan acara lain. Malah ada daripada mereka tinggal berjauhan, bukan semua menetap di Dubai. Ada yang datang dari Abu Dhabi dan ada dari Sharjah.



"Semangat persaudaraan dan gotong-royong dalam kalangan mereka cukup terserlah. Dan yang penting ialah semasa persembahan, mereka bukan sahaja menunjukkan rasa yakin tetapi juga berasa seronok," ujarnya.



  • Penulis mantan wartawan BH dan berpengalaman 30 tahun dalam bidang media sebelum berhijrah ke Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE). Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >