Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buku singkap sekolah Sang Nila Utama & Tun Seri Lanang temui pembaca

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



SETELAH lebih setahun pelancarannya tertunda, buku Sang Nila Utama & Tun Seri Lanang - Singapore Last Malay Schools akhirnya menemui orang ramai.



Jawatankuasa Penerbitan buku tersebut yang terdiri daripada anggota alumni kedua-dua sekolah, bersama Helang Books telah pun mengedarkannya kepada anggota alumni dua sekolah menengah tersebut sejak awal Jun.



Buku itu sepatutnya dilancarkan sempena majlis Grand Reunion - yang mempertemukan semula bekas pelajar dan guru-guru Sekolah Sang Nila Utama (SNU) dan Sekolah Menengah Tun Seri Lanang (TSL) pada 3 November 2019 di Orchard Hotel.



Namun sementara majlis dijayakan dengan meriah dengan kehadiran lebih 800 tetamu dengan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat sebagai tetamu terhormat, pelancaran buku ditiadakan kerana pihak penerbitan mendapati beberapa perkara mengenai buku itu yang perlu diuruskan.



Buku setebal 272 muka surat itu mengambil masa tiga tahun sejak 2017 untuk disiapkan, hasil 70 jam interviu dengan bekas pelajar termasuk yang kini menetap di Brunei dan Malaysia, serta para guru.



Pengerusi Jawatankuasa Penerbitan, Encik Wan Hussin Zoohri atau mesra dengan panggilan Pak Wan orang yang mengusulkan idea pembikinan buku itu, dalam acara pelancarannya berkata, buku itu adalah dokumentasi penting tentang sejarah pendidikan Melayu di Singapura.



Ia dihasilkan setelah menyedari bahawa tiada rekod mengenai sekolah TSL sebelum bangunannya diubah menjadi Sekolah Seni La Salle dan kini Goodman Art Centre dan SNU yang dirobohkan pada 2014.



Tiga faktor yang mendorongnya menghasilkan buku itu.



Pertama apabila beliau, ketika mengunjungi Pusat Warisan di Kementerian Pendidikan (MOE), mendapati tiada bahan pameran mengenai sekolah menengah Melayu SNU dan TSL yang dibina pemerintah pada 1960.



Bagaimanapun terdapat gambar Sekolah Melayu Telok Blangah yang dibina pemerintah penjajah pada 1856.



Kedua adalah setelah pemerintah mengumumkan pada 2014 untuk merobohkan bangunan SNU bagi memberi laluan pembangunan perumahan di situ.



Ketiga apabila beliau pada 2016 cuba mendapatkan maklumat mengenai SNU dari MOE tetapi diberitahu bahan dokumentasinya tidak disimpan.



Sekolah itu ditutup pada 1987.



Penulis buku yang dilantik, Cik Hidayah Amin dan dan tenaga jawatankuasa terpaksa mengumpulkan bahan daripada peringkat akar.



"Kami sedari bukan mudah untuk mengumpulkan bahan kerana tidak ada rekod rasmi yang boleh dirujuk mengenai pendidikan di sekolah Melayu.



"Jawatankuasa terpaksa mendapatkan sumber daripada akarnya, iaitu dengan mewawancara bekas pelajar dan guru-guru, termasuk pelajar yang kini menetap di Brunei dan Malaysia.



"Kajian juga dibuat di Arkib Negara Singapura selain bahan yang ada di perpustakaan dan laporan di akhbar," kata Pak Wan.



Pak Wan berkata kepentingan buku itu boleh disamakan dengan Sejarah Melayu - Sejarah Pendidikan Melayu di Singapura kerana ia menghimpunkan sumber maklumat yang berguna bagi generasi masa depan.



Dalam ucapannya beliau juga menarik perhatian tentang bagaimana legasi SNU dan TSL harus terus diingati pada hari ini.



Bagi SNU, kongsinya, beliau bersama mantan Anggota Parlimen, Encik Yatiman Yusof, yang juga mantan pelajar SNU, telah menulis kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jun 2017, merayu agar estet perumahan Bidadari dinamakan sempena Sang Nila Utama.



Rayuan itu kemudian diusulkan kepada Kementerian Pembangunan Negara.



Pada 3 November 2019 di majlis Grand Reunion SNU-TSL, Encik Heng mengumumkan bahawa di estet Bidadari, akan terdapat nama Sang Nila Utama Road dan Sang Nila Utama Boulevard.



Sebagai tambahan, terdapat juga nama Sang Nila Utama Garden di Fort Canning.



Tun Seri Lanang pula sebelum ini dikenang oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura melalui Anugerah Tun Seri Lanang, hadiah berprestij yang diberikan kepada tokoh-tokoh sastera Melayu yang dihormati.



"Dalam hal ini, saya ingin mengusulkan kepada MOE agar mempertimbangkan agar Pusat Bahasa Melayu di Bishan dinamakan sebagai Pusat Bahasa Melayu Tun Seri Lanang.



"Ini sangat bersesuaian kerana TSL dikenali sebagai tokoh sejarah sastera Melayu," usul beliau.



Mantan pelajar yang ingin mendapatkan buku ini boleh merujuk ke laman Facebook alumni SNU atau TSL.



Orang awam boleh membelinya di toko buku Wardah dan Kinokuniya.




PUNCAK ERA SEKOLAH MELAYU



SEKOLAH menengah Melayu berada di puncaknya untuk beberapa tahun pertama ketika Singapura berkempen untuk bergabung dengan Malaysia, dan ketika Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia (1960-1965).



Namun, setelah perpisahan Singapura dari Malaysia, pendidikan menengah Melayu mulai merosot, daripada 27,676 pada 1967 kepada 5,712 pada 1974.



Memandangkan Singapura tidak lagi sebahagian Malaysia, kebanyakan ibu bapa percaya bahawa pendidikan Melayu tidak lagi dianggap perlu dan mereka sebaliknya memilih sekolah aliran Inggeris, sesuai dengan perancangan pemerintah Singapura dalam aspek pendidikan untuk masa depan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >