MESKIPUN perselisihan antara penyokong pasukan bola sepak di Indonesia adalah normal, bekas pemain Arema Malang, Ridhuan Muhammad, tidak menyangkakan ia berakhir dengan tragedi yang meragut lebih 125 orang di Stadium Kanjuruhan semasa perlawanan liga Indonesia Sabtu lalu.
Malah, bekas pemain antarabangsa Singapura berusia 38 tahun itu bersimpati dengan mangsa penyokong Arema FC dan Persebaya Surabaya yang hanya ingin menikmati semangat perlawanan di antara dua kelab bermusuh dan bersejarah itu.