Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih separuh dari 30,000 flat baru di Tengah sudah dilancar

Mar 14, 2023 | 05:30 AM



LEBIH separuh daripada 30,000 unit perumahan awam di Tengah telah dilancarkan sejauh ini.



Bandar terbaru Singapura itu semakin membangun sejak flat pertama di sana ditawarkan pada 2018.



Diiktiraf sebagai 'bandar hutan', ia mempunyai kawasan seluas 700 hektar di bahagian barat Singapura dan lebih kurang sama dengan saiz Bishan.



Bandar itu merupakan bandar lembaga perumahan yang ke-24 dan yang pertama dibangunkan sejak Punggol dua dekad lalu.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) telah melancarkan sejumlah 18,555 Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) merentasi 18 projek di Tengah seperti yang dilaksanakan pada Februari.



Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata minat terhadap rumah di Tengah kukuh sepanjang empat tahun lalu seperti yang dicerminkan dalam kadar permohonan BTO.



Data HDB menunjukkan terdapat purata 5,464 pemohon bagi setiap pelancaran dalam empat pelancaran BTO paling terkini dari November 2021 hingga Februari 2023.



Ini berbanding dengan purata 3,138 pemohon bagi setiap pelancaran dalam keempat-empat pelancaran sebelumnya.



"Trend ini menunjukkan bahawa orang ramai menjadi lebih terbuka untuk tinggal di Tengah, walaupun ia adalah bandar terbaru dan banyak kemudahan masih dalam pembinaan," kata Cik Sun.



Apabila Tengah siap, dianggarkan ia akan menyediakan 42,000 rumah baru - 30,000 flat HDB dan 12,000 unit perumahan privet.



Kawasan yang sebahagian besarnya adalah hutan terletak di antara bandar Jurong East yang sedia ada, Choa Chu Kang dan Bukit Batok, dengan Daerah Tasik Jurong yang akan datang terletak di arah selatan.



Ia akan mengambil beberapa bulan lagi sebelum kumpulan penduduk pertama berpindah ke rumah baru mereka di Tengah.



HDB telah melancarkan Plantation Grove, projek BTO pertama di estet itu, pada November 2018.



Sebanyak 1,620 flat dua bilik fleksi, tiga bilik, empat bilik, lima bilik dan flat tiga generasi telah menarik kira-kira 5,000 pemohon.



Walaupun pada mulanya dijadualkan siap pada 2023, tempoh siap projek itu telah dianjak ke 2024 kerana pandemik Covid-19.



Pembeli BTO bagi estet kedua, Plantation Acres yang dilancarkan pada Mei 2019 dengan waktu menunggu lebih singkat, dijangka mendapat kunci mereka pada separuh kedua 2023.



Cik Sun berkata masalah bekalan perumahan sekarang dan kenaikan harga flat jualan semula HDB boleh mendorong beberapa pasangan muda memohon flat baru di Tengah, di mana harga lebih dimampui dan persaingan tidak sesengit.



Kadar permohonan keseluruhan di Tengah adalah dari 1.4 hingga 4.3, kira-kira satu hingga empat pemohon bagi setiap flat yang ada.



Sebagai perbandingan, beberapa projek BTO di Bidadari - estet baru yang merupakan sebahagian daripada bandar Toa Payoh yang matang - menarik sehingga enam pemohon bagi setiap flat yang ada.



Kadar permohonan di estet lain yang lebih mantap dan tidak matang seperti Lakeside adalah sama tinggi.




"Trend ini menunjukkan bahawa orang ramai menjadi lebih terbuka untuk tinggal di Tengah, walaupun ia adalah bandar terbaru dan banyak kemudahan masih dalam pembinaan."



- Cik Christine Sun, Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik OrangeTee & Tie.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >