Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

LAWATAN RLAF KE TURKEY

Mangsa gempa syukur diberi bantuan meski hadapi cabaran

Terima sokongan, bantuan daripada badan bukan pemerintah
Mar 29, 2023 | 05:30 AM



SELAMA lebih sebulan, Cik Yasemin Temirci, 41 tahun, dan tiga anak perempuannya telah berteduh di rumah ibunya.



Ini setelah rumahnya musnah dalam runtuhan semasa gempa bumi yang melanda Turkey pada Februari 2023.



Menceritakan kejadian malam itu, Cik Yasemin berkata ia masih jelas dalam ingatannya. Katanya, beliau telah merasakan gegaran dan dengan segera mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur untuk keluar lari dari rumah mereka.



"Pada awalnya, kami semua tidak berfikir banyak dan hanya berkumpul dalam bilik dan memeluk antara satu sama lain.



"Saya hanya ingat saya dan anak-anak saya menjerit dan menangis kerana kami tidak tahu apa yang akan terjadi.



"Pengalaman itu sangat menakutkan terutama sekali kerana kami hanya berempat sahaja," kata Cik Yasemin, yang sudah bercerai.



Beliau melahirkan rasa syukur setelah berjaya melarikan diri bersama keluarganya sebelum bangunan itu rosak.



Malangnya, beberapa rakan dan ahli keluarganya tidak begitu bernasib baik, katanya kepada Berita Harian (BH).



Menurutnya, sebaik sahaja ia berlaku, ibu kepada tiga anak berusia antara 7 tahun dengan 18 tahun itu dengan segera menelefon keluarga terdekatnya.



Beliau tidak mendedahkan jumlah ahli keluarga yang terkorban dalam bencana tersebut.



Meskipun menghadapi cabaran sedemikian, Cik Yasemin dan anak-anaknya tetap mempunyai sikap positif terhadap situasi mereka.



Kata anak sulungya, Cik Hazal, 18 tahun, keluarganya selalu menerima sokongan dan bantuan dari segi barangan keperluan daripada badan bukan pemerintah (NGO) seperti Hayrat Yardim.



"Kami tidak perlu khuatir kerana pada minggu pertama dan kedua, kami menerima banyak makanan, minuman dan keperluan asas.



"Trak-trak akan melalui rumah kami dan mengagihkan barangan untuk kami gunakan.



"Bantuan seperti ini memberi saya sekeluarga bahawa keadaan akan pulih dan kami dalam tangan yang selamat," kata pelajar sekolah menengah itu.



BH telah bertemu keluarga itu semasa waktu berbuka berdekatan gudang logistik Hayrat Yardim, di mana mereka merupakan antara 1,000 orang yang menerima makanan panas sempena Ramadan ini.



Turut menghulurkan bantuan semasa pengagihan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Encik Muhammad Faizal Othman, dan ahli lembaga RLAF, Encik Mohamad Helmy Mohd Isa.



Cik Hazal memberitahu BH bahawa beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pegawai polis pada masa akan datang.



Katanya, melihat bagaimana pegawai-pegawai barisan hadapan ini berusaha tungkus lumus untuk membantu mangsa, ia hanya membakar semangatnya untuk menceburi kerjaya tersebut.




"Saya hanya ingat saya dan anak-anak saya menjerit dan menangis kerana kami tidak tahu apa yang akan terjadi.

Pengalaman itu sangat menakutkan terutama sekali kerana kami hanya berempat sahaja."

- Cik Yasemin Temirci, mangsa gempa dan ibu tiga anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >