Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Mantan penyiar radio sambung persahabatan di Jamiyah

Jun 07, 2023 | 02:50 PM



Di radio, mereka ada keserasian sebagai rakan kerja dan sering keluar negara bersama demi tugas yang digalas.

Mantan penyiar radio, Hassan Salleh dan Suhaimi Yusof juga akrab sebagai sahabat dan sentiasa berhubungan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai pengalaman hidup.

Justeru apabila Suhaimi menyertai Jamiyah Singapura untuk menerajui jabatan Komunikasi Strategik sebagai pengarah dan memerlukan seseorang berpengalaman yang boleh menyokong tugasnya, orang pertama yang dicarinya ialah Hassan.

Hassan, 58 tahun, yang kali terakhir memegang jawatan Penolong Naib Presiden Radio Melayu di Mediacorp Radio, meninggalkan stesen itu pada 2019 kerana berasa “sudah cukup dengan pengalaman di radio dan ingin mencari angin baru” di luar – 18 tahun selepas Suhaimi meninggalkan stesen Warna 942 FM.

Sebelum menyertai radio, beliau pernah bertugas sebagai pegawai bomba selama enam tahun dan menjadi pramugara selama setahun setengah.

“Sebenarnya selepas meninggalkan radio, saya memang berura-ura nak berkhidmat dalam badan kemasyarakatan Melayu/Islam kerana faktor usia dan ingin bekerja sambil beribadah. Tetapi belum sempat ke situ, ada tawaran untuk saya membantu seorang kawan menjalankan bisnes F&B (makanan dan minuman). Hampir dua tahun saya dalam bidang F&B tetapi saya sedar, saya tak ada keserasian dalam bidang itu.

“Selain itu, ada juga faktor lain yang menyebabkan saya mengundur diri. Jadi, apabila Suhaimi hubungi saya minta membantunya di Jamiyah, saya rasa ini masa yang sesuai kerana memang niat asal saya berhenti kerja di radio dulu ialah untuk bersama badan Melayu/Islam demi meneruskan khidmat saya kepada masyarakat dan agama,” kata Hassan, yang memegang jawatan Ketua Jabatan Pemasaran dan Perhubungan (Marcomm) Jamiyah Singapura.

“Penyertaan saya bersama Suhaimi adalah seperti menyambung tugasan yang belum selesai untuk mendekati masyarakat seperti dulu,” tambah Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >