Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Masjid Al-Istighfar sedia ruang 'chill' dekati belia

Mar 27, 2023 | 05:30 AM



RUANG selesa lengkap dengan permainan 'Nerf Gun' , Jenga gergasi dan permainan video Playstation 4 untuk diguna pakai belia tidak kira masa.



Lebih menarik lagi, ruang tersebut, yang dipanggil Hab Belia terletak di Masjid Al-Istighfar di Pasir Ris dan tersedia khusus bagi golongan belia terutama sekali semasa bulan Ramadan.



Ini merupakan salah satu cara masjid tersebut memikat belia untuk meluangkan masa di masjid semasa bulan Ramadan dan secara tidak langsung mendedahkan golongan belia itu kepada pelbagai acara yang diadakan di masjid.



Melalui ruang itu, yang terletak di tingkat dua Masjid Al-Istighfar, belia boleh mengajak teman-teman mereka 'chill' bersama, menurut Pegawai Pembangunan Belia Kanan di Masjid Al-Istighfar, Ustaz Md Zuhaily Md Ahzman.



Pada masa yang sama beliau berharap dapat secara bertahap menyalurkan tenaga belia yang ada ke arah menyumbang semula kepada masyarakat, bermula dengan aktiviti di masjid semasa Ramadan, katanya.



Ini termasuk menyediakan tempat solat, membantu dalam pengagihan bubur dan penyediaan makanan untuk iftar di masjid, tambah Ustaz Zuhaily.



"Siapa yang nak bermain di sana, kita ada sediakan ruang, kalau nak sekadar relaks di sana, pun ok.



"Pada masa yang sama, sesiapa yang ada soalan apa-apa boleh juga bertanya kepada pegawai atau asatizah yang turut berada di sana.



"Jadi Hab Belia ini merupakan salah satu cara kami mendekati mereka," katanya.



Semasa Ramadan biasanya persiapan untuk pengagihan bubur akan bermula selepas zuhur, dan tempoh selepas persiapan tersebut hingga menanti waktu asar, dan juga tempoh selepas asar hingga maghrib, menjadi masa terbaik bagi belia meluangkan masa di ruang tersebut, kata Ustaz Zuhayli.



Menurut beliau, meskipun dapat mengekalkan jumlah Pemimpin Belia - atau sukarelawan tetap di masjid itu - seramai 20 orang, jumlah penglibatan belia di masjid secara umumnya semakin berkurangan, terutama sekali semasa tempoh pascapandemik.



Ini memandangkan ramai yang sudah terbiasa dengan keadaan di mana program dan juga kelas diadakan secara virtual, dengan kurangnya aktiviti fizikal sebelum ini.



"Memang tahap penglibatan belia belum lagi sampai ke tahap sebelum pandemik.



"Tetapi ini memerlukan pihak masjid memperbaharui strategi untuk memikat belia, menarik perhatian mereka supaya mereka dapat turun masjid.



"Ada juga generasi belia baru yang belum pernah rasakan program-program fizikal ini, jadi langkah pertama yang penting adalah untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang ada," ujarnya, yang telah berkhidmat di masjid itu selama lebih lapan tahun.



Selain kegiatan di masjid semasa Ramadan, Masjid Al-Istighfar juga berharap dapat menarik penglibatan belia melalui program kemasyarakatan dan juga kebajikan yang diadakan Ramadan ini.



Ini termasuk Projek Agihan Kasih akan datang di mana sukarelawan masjid akan mengagihkan bubur kepada masyarakat awam - tidak kira bangsa atau agama - di Pasir Ris, bagi meningkatkan pemahaman mengenai bulan Ramadan dan Islam.



Sebelum Ramadan, para sukarelawan masjid termasuk golongan belia telah mengagihkan kurma kepada penduduk di 10 blok di Pasir Ris melalui Projek Tamar, yang bertujuan menggalak persefahaman dan kasih sayang antara kaum berbeza.



Ia juga sebagai usaha membantu penduduk memahami apa yang akan berlaku di kawasan itu, termasuk keadaan trafik yang lebih sesak berbanding sekarang, memandangkan solat tarawih diadakan pada skala yang lebih besar.




"Memang tahap penglibatan belia belum lagi sampai ke tahap sebelum pandemik.



Tetapi ini memerlukan pihak masjid memperbaharui strategi untuk memikat belia, menarik perhatian mereka supaya mereka dapat turun masjid.



Ada juga generasi belia baru yang belum pernah rasakan program-program fizikal ini, jadi langkah pertama yang penting adalah untuk mendedahkan mereka kepada aktiviti-aktiviti yang ada."



- Pegawai Pembangunan Belia Kanan di Masjid Al-Istighfar, Ustaz Md Zuhaily Md Ahzman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >