Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Pimpin projek berasas sains tingkat daya tahan pegawai SCDF

Jun 26, 2022 | 05:35 AM



Baru-baru ini Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah memperkenal beberapa teknologi baru dalam seminar perancangan tugasnya termasuk kemudahan latihan teknologi tinggi yang dipanggl 'Makmal Penyesuaian dan Perbaikan Kesihatan Pasukan Kecemasan' (Excel). Ia menyediakan lima makmal yang menggunakan sains untuk menilai prestasi kognitif, fiziologikal dan daya ketahanan pegawai serta pelatih SCDF dengan lebih baik. BERITA MINGGU telah bertemu dengan salah seorang pegawai di balik pembangunan kemudahan itu dan menunjukkan antara teknologi baru yang disediakan di kemudahan jenis itu yang pertama dalam dunia bomba dan penyelamat.



SEKITAR sedekad lalu, Leftenan Kolonel Hasan Kuddoos adalah antara anggota bomba pertama yang tugaskan ke Divisyen Bomba Marin selepas Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengambil alih tanggungjawab itu dari Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).



Mengimbas semula pengalamannya sebagai ahli bomba marin, beliau berkata antara cabaran yang dilaluinya pada ketika itu adalah mengendali kebakaran dalam keadaan yang sangat panas - lebih panas berbanding kebakaran di darat - kerana kawasan operasi di laut membabitkan bangunan atau kapal yang secara amnya dibina dengan bahan besi.



Sejak itu, lulusan Sains Bioperubatan itu berazam menyumbang kepada pembangunan SCDF menerusi sains untuk menilai dan menyelidik daya ketahanan pegawai agar dapat mempertingkat prestasi pegawai SCDF secara meyeluruh.



"Saya ingin berbuat demikian sebab saya mahu mempertingkat prestasi mereka dan juga mempertingkat daya keselamatan kami," kata LTC Hasan ketika dihubungi Berita Minggu (BM) baru-baru ini.



Kini, LTC Hasan, 48 tahun, menyandang jawatan sebagai Pegawai Pengetua Sistem dan Daya Tahan Penggerak Balas (Responder) di Pusat Prestasi Kecekapan Pegawai Kecemasan (RPC), Akademi Pertahanan Awam (CDA).



Beliau ialah ketua projek dalam pembangunan kemudahan latihan dan pusat penyelidikan teknologi tinggi, Makmal Penyesuaian dan Perbaikan Kesihatan Pasukan Kecemasan (Excel) yang diperkenal semasa seminar perancangan tugas SCDF pada 10 Jun lalu.



Tugas utama LTC Hasan dalam pembangunan Excel bersama Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX), merangkumi perancangan serta penyeliaan kajian dalam bidang daya kognitif serta sains tingkah laku manusia dan daya tahan.



Dengan dapatan dari kajian tersebut, ia akan digunakan untuk mengoptimumkan prestasi penggerak balas cemas semasa berlatih dan mengendali operasi.



Ini termasuk pembangunan program latihan lebih baik atau menerapkan kaedah pengurusan psikologikal pegawai, untuk misalnya, menangani tekanan yang dihadapi pegawai ketika bertugas.



"Sejak dulu saya mempunyai matlamat mencipta kemudahan berasaskan sains untuk menilai prestasi pegawai kami," kata LTC Hasan.



Dalam bangunan seluas 1,200 meter persegi itu, terdapat lima makmal yang merangkumi kemudahan Pembiasaan dan Pemulihan dalam Persekitaran Maya (STRiVE), Makmal Termoregulasi & Penyesuaian Kepanasan (Heat), Makmal Penilaian Kecergasan Jasmani, Makmal Kognitif, Makmal Pembelajaran Digital dan sebuah Pusat Pengawal Sistem dan Analitik Data.



"Dengan kemudahan berasaskan sains itu, ia membolehkan kami mengumpul maklumat kuantitatif yang kemudian boleh digabungkan dengan data subjektif untuk kami membuat penilaian secara menyeluruh terhadap pelatih SCDF, sekali gus mempertingkat keberkesanan latihan kami," tambahnya.



Meskipun bangga menerima peluang membangunkan Excel, perjalanannya langsung tidak mudah, kerana ia merupakan kemudahan jenis itu yang pertama di dunia.



Untuk merujuk contoh 'terdekat,' beliau telah membuat lawatan pembelajaran pada 2017 ke Sekolah Kesihatan Umum dan Kerjaya Kesihatan, Universiti Buffalo, di New York, yang mempunyai sebuah makmal penilaian prestasi penggerak balasnya tersendiri.



"Memandangkan Excel sebuah kemudahan tunggal dalam bidang bomba dan penyelamat, tiada idea serupa tersedia sebelum ini untuk kami merujuk bagi mendesain dan membangunkannya.



"Jadi cabaran paling sukar adalah untuk memastikan kami mempunyai peralatan terbaik untuk membuat kajian menyeluruh daripada penilaian fiziologikal, kognitif dan biomekanik."



Di makmal STRiVE misalnya, pelatih menjalani pelbagai simulasi dalam sebuah arena realiti maya yang berupaya bergerak dan menyamar pelbagai keadaan, sambil memakai suit dilengkapkan pelbagai pemantau yang membolehkan jurulatih atau penilai melihat respons fiziologikal mereka secara langsung.



Di makmal kognitif, sebuah topi keledar dilengkapkan pelbagai pemantau mengawasi respon kognitif pegawai dengan melihat aliran darah beroksigen ketika disuruh menangani senario tertentu.



"Saya sangat besar hati dan ia sungguh memuaskan melihat pembangunan Excel dari tahap konsep kepada tahapnya sekarang," sambung LTC Hasan.



"Excel akan meletakkan SCDF dalam kedudukan pertama untuk memajukan kajian serta inovasi untuk mempertingkat prestasi penggerak balas sambil memastikan standard operasi kami kekal tinggi dalam mengendali sebarang cabaran baru," tegas LTC Hasan lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >