Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Peranan Presiden selaku penjaga kian penting sedang S’pura hadapi pelbagai cabaran

Jul 30, 2023 | 05:30 AM



Dengan persekitaran sejagat yang semakin mencabar serta cabaran domestik seperti masyarakat yang semakin menua, peranan penjagaan atau ‘custodial’ yang dimainkan Presiden bertambah penting.

Tanggungjawab Ketua Negara Singapura merangkumi tugas melindungi rizab negara dan memastikan ia tidak digunakan kecuali perlu.

Beliau juga perlu memantau dan memastikan kewibawaan khidmat awam dijaga dengan diberikan kuasa veto untuk melantik atau mengeluarkan para pegawai utama perkhidmatan awam.

Presiden Halimah Yacob, dalam menyentuh hal tersebut, berkata:

“Saya fikir (peranan penjagaan) akan menjadi lebih penting, lebih-lebih lagi dengan semua cabaran ini – masyarakat yang semakin menua, perubahan iklim, ketegangan geopolitik.

“Singapura harus melakar dasar ekonomi kita dengan mengambil kira semua perkara ini.

“Akan ada tekanan yang lebih berat, semestinya, tetapi di sinilah pemerintah harus membuat pertimbangan secara teliti kerana rizab masa lampau diperuntuk bagi waktu paling sukar.”

Puan Halimah turut menekankan kepentingan perancangan tempoh panjang yang mampan, dengan wujudnya krisis sejagat seperti perubahan iklim.

Penting juga bagi pemerintah berfikir dengan sangat teliti tentang pengurusan fiskal sumbernya yang terhad.

Beliau berkata, sesiapa yang menggalas tugas Presiden Singapura mesti mempunyai pemahaman tentang bagaimana dasar-dasar dilakar pemerintah.

Individu tersebut juga perlu memahami kepentingan proses penggubalan dasar serta kesannya ke atas pertumbuhan Singapura dan kehidupan warga Singapura.

Beliau sendiri sudah terdedah kepada proses tersebut sebagai Anggota Parlimen (2001 hingga 2013) dan Speaker Parlimen (2013 hingga 2017) sebelum menjadi Presiden pada 2017.

“Kami mempunyai banyak pendedahan kepada penggubalan dasar dalam pemerintah, jadi kami faham banyak perkara – bagaimana pemerintah melakar dasarnya, melaksanakan dasar-dasar dan programnya.

“Bagi saya, pendedahan kepada itu, sebagai seseorang daripada sektor awam, adalah berguna kerana apabila anda menjadi Presiden, anda perlu dapat melihat segala-galanya dari sudut tertentu,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >