Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Perkuat tekad cari sinar, jauhi kongsi gelap

Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (FITRAH) bantu lebih kurang 100 pesalah dan keluarga sejak khidmat Pengurusan Kes FITRAH (FCM) dilancarkan pada Sept 2021
Jul 16, 2023 | 05:30 AM



Encik Jasri Jamil bak tidak serik setelah pertama kali meringkuk dalam penjara kerana kesalahan merusuh. Beliau mengulangi kesalahan itu dan dipenjara sekali lagi pada 2020.

Namun, tanpa disangka, pengalaman menjalani hukuman penjara kali kedua menyuntik kesedaran dalam diri Encik Jasri.

Beliau lebih menghargai kehidupan di luar penjara dan orang tersayang dalam hidupnya.

Encik Jasri, yang kini berumur 38 tahun, mula terjebak dalam kumpulan kongsi gelap pada usia 17 tahun.

Ekoran itu, beliau dihukum penjara empat tahun pada 2013.

Kesedaran untuk tidak lagi terlibat dalam kumpulan kongsi gelap datang semasa beliau berada di dalam penjara pada 2021.

Dalam penjara, Encik Jasri yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak berusia tujuh tahun itu bekerja sebagai tukang gunting rambut.

Di balik jeriji besi itu juga beliau berpeluang bertemu beberapa banduan yang sedang menjalani hukuman mati.

Merekalah yang memberinya semangat untuk “jaga diri dan juga orang tersayang”, singkap Encik Jasari dalam satu temu ramah bersama Berita Minggu (BM).


“Selepas saya umumkan yang saya nak tinggalkan kumpulan kongsi gelap, memang banyak cabaran (yang saya hadapi) kerana memang di dalam (penjara) banyak anggota kumpulan-kumpulan ini.

“Mereka beritahu saya yang saya dah tak boleh campur mereka. Jadi peer pressure (tekanan rakan sebaya) memang ada,” katanya, yang kemudian meminta dipindahkan ke ruang lain di dalam penjara.


Namun, kata-kata perangsang kaunselor dan banduan lain, terutama sekali mereka yang sedang menanti hukuman mati, terus membakar semangatnya untuk memperbaiki hidup sebaik-baiknya selepas dibebaskan.

“Saya banyak dapat dorongan daripada mereka (banduan sedang menanti hukuman mati), yang kami panggil ‘orang nak balik’. Mereka naikkan semangat saya, bagi motivasi, dan beritahu saya supaya jaga keluarga.

“Kata mereka, bila kita di dalam (penjara), yang sokong kita bukan member atau kawan-kawan, tapi keluarga,” ujar Encik Jasri yang dibebaskan pada 2022.


Encik Jasri, yang kini bekerja sebagai teknisyen, berkata pelibatannya dalam program Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) sejak Julai 2022 turut membantu dalam memberi beliau bimbingan.

Meskipun telah tamat menjalani Program Berasaskan Masyarakat (CBP) di bawah Fitrah, beliau memutuskan untuk terus menjalani program itu agar mempunyai hubungan rapat dengan pekerja sosial yang mengendalikan kesnya.

“Selepas bebas, banyak cabaran yang saya hadapi, antaranya, apabila saya di luar, naik bas atau MRT untuk ke kerja, kadangkala saya terserempak juga orang yang saya kenal dulu.

“Jadi tarikan untuk balik (ke kegiatan dulu) memang ada, tapi saya nak hentikan ini semua.

“Selain dibantu kakitangan Fitrah, aktiviti-aktiviti yang mereka adakan, seperti main bola, kerja sukarelawan, semua dapat bantu saya jauhkan diri daripada terjebak semula dalam kegiatan masa lalu,” katanya.

Program Fitrah dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan antara lain mendampingi pesalah, bekas pesalah dan keluarga untuk memahami keperluan mereka dan menghulurkan bantuan.

Program itu telah membantu lebih 100 pesalah dan bekas pesalah sejak ia dilancarkan pada 2019, antaranya melalui program keagamaan dan kekeluargaan, bantuan kewangan dan khidmat pendamping.

Seorang pengurus kes Fitrah, Encik Izwan Abdol Jalil, yang bekerjasama rapat dengan Encik Jasri, berkata peranan kakitangan di bawah program tersebut ialah meyakinkan pesalah dan bekas pesalah bahawa mereka masih mempunyai peluang kedua.

“Klien utama kami ialah pesalah atau bekas pesalah, tetapi apabila anggota keluarga mereka juga terlibat, cabaran yang dihadapi agak berlainan.

“Melalui program ini, kami menghubungkan mereka dengan sumber-sumber sedia ada, termasuk bantuan daripada badan-badan Melayu/Islam (MMO) dan juga Pusat Khidmat Keluarga (FSC) lain.

“Kami ingin mereka sedar bahawa mereka tidak sendirian dalam menempuhi cabaran ini,” kata Encik Izwan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >