Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Podcast BH bincang isu poligami dalam konteks S’pura

Jan 27, 2023 | 10:00 PM



PARA suami yang mempunyai niat untuk kahwin dua di luar negara tanpa pengetahuan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM), perlu ketahui bahawa sijil pernikahan yang diperolehi daripada luar negara itu tidak diterima oleh ROMM di sini, kata peguam mapan, Encik Abdul Rohim Sarip, yang juga pemilik firma guaman, A. Rohim Noor Lila LLP.


Menurutnya, jika pernikahan kedua yang dilakukan luar negara itu tidak diiktiraf, ia akan menyukarkan pasangan itu untuk misalnya, memohon bagi mendapatkan flat.


“Jika si suami sudahpun mempunyai rekod perkahwinan pertama di ROMM, apabila mereka pulang ke Singapura untuk mendaftarkan perkahwinan kedua, ROMM akan menolak dan tidak akan melayan permohonan itu.


“Apabila ia ditolak, pasangan yang ingin membeli rumah, kemudian akan mendapati prosesnya susah. 


“Ini kerana Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memerlukan pensijilan mereka itu diiktiraf ROMM sebelum membolehkan pasangan itu membeli flat,” katanya.


Beliau menambah, untuk memastikan pernikahan itu diiktiraf, semua pihak yang terlibat – suami, isteri pertama dan isteri kedua – perlu menjalani satu interviu intensif dengan pihak pendaftar di ROMM untuk memahami lebih lanjut mengapa perlunya ada perkahwinan kedua tersebut. 


Encik Rohim berkata antara faktor yang akan ditinjau termasuk kemampuan si suami, keupayaannya untuk bersikap adil dan jika ada sebab-sebab lain yang memanfaatkan si suami sekiranya dia berkahwin dua, atau apa yang dimaksudkan sebagai “lawful benefit”.

Ini termasuk sekiranya isteri pertama itu sakit, mandul atau kurang siuman.


“Meski jika isteri pertama tidak memberi persetujuan untuk membenarkan suaminya berkahwin dua, pengiktirafan masih boleh diberikan kepada suami untuk kahwin dua kerana terdapat sebab-sebab munasabah selain faktor-faktor lain yang dibentangkan.

 

“Dan jika ROMM tidak bersetuju suami kahwin dua, suami boleh pergi ke Lembaga Rayuan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk membuat rayuan dan menghujahkan semula kes tersebut,” tambah Encik Rohim.


Ini merupakan antara isu berkaitan poligami yang dibincangkan dalam podcast #NoTapis.


Untuk mendengar podcast ini dengan lebih lanjut, anda boleh ke beritaharian.sg/podcasts.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >