Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir capai sasaran Pelan Hijau 200ha

155 hektar kebun menegak disediakan di S’pura

May 22, 2023 | 04:38 PM



USAHA Lembaga Taman Negara (Nparks) bagi memulihkan sekitaran alam semula jadi di kawasan bandar di sini telah mencatatkan pencapaian baru selepas seluas 155 hektar kebun menegak berjaya dilengkapkan ke bangunan tempatan sejauh ini.

Keluasan itu bersamaan 155 padang bola sepak.

Rancangan di bawah Pelan Hijau Singapura 2030, adalah untuk menyediakan ciri alam semula jadi tersebut dengan keluasan 200 hektar di sini.

Untuk mencapai sasaran itu, Skim Insentif Skyrise Greenery NParks (SGIS), yang menawarkan pembiayaan 50 peratus kos projek kebun atas bumbung dan tanaman menegak di bangunan sedia ada, telah dilanjutkan lagi tiga tahun dari Mac 2023 hingga hujung Mac 2026.

SGIS adalah sebahagian Program Skyrise Greenery, yang merangkumi pelbagai inisiatif – daripada skim insentif dan penyelidikan kepada program pengiktirafan dan pendidikan – demi membina kapasiti dan keupayaan Singapura dalam bidang penghijauan bangunan tinggi.

Sejak dilancarkan pada 2009, SGIS telah mengagihkan lebih $10.2 juta, kata Nparks, agensi yang menerajui usaha pemuliharaan biodiversiti dan penghijauan semula sekitaran bandaran.

Pembiayaan itu dihadkan kepada $200 setiap meter pesegi bagi projek kebun atas bumbung dan $500 meter pesegi bagi tanaman menegak.

Nparks berkata ia telah menerima sekitar 300 permohonan bagi projek melengkapkan bangunan sedia ada dengan ciri tanaman di bumbung, kebun menghasil bahan yang boleh dimakan, kebun atas bumbung bagi tujuan rekreasi, serta tanaman ‘verdant’ di dinding bangunan, kata ketua pengarah NParks bagi hortikultur dan bidang bercucuk tanam masyarakat Cik Sophianne Araib.

Permohonan akan dinilai berdasarkan kelebihan projek serta keupayaannya menyumbang kepada sasaran daya tahan sosial, ekologi dan iklim Singapura.

Penerima SGIS merangkumi pelbagai pihak dan termasuk institut pendidikan, kemudahan penjagaan kesihatan, pembangunan industri, bangunan masyarakat dan komersial, dan kemajuan perumahan privet, kata Cik Araib.
Antara mereka ialah One Shenton, sebuah kemajuan perumahan mewah di tengah-tengah daerah teras bandar Singapura, downtown.

“Bagi One Shenton, tunggak kebun menegak telah ditambah di kawasan laluan pejalan kaki dan terletak di laluan yang sibuk. Selain menawarkan ketenangan menerusi pemandangan yang indah bagi penghuni bangunan itu dan orang awam, dindingnya yang dipenuhi tumbuhan dapat mengurangkan pendedahan seseorang itu terhadap pencemaran udara dan secara positif menyumbang kepada keperluan terapeutik mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan bandar,” kata Cik Araib.

Kos bagi memasang ciri-ciri hijau itu secara keseluruhan menelan perbelanjaan sekitar $750,000 dengan $330,000 disubsidi oleh NParks, kata Encik Alexandre Collin, pengerusi majlis pengurusan One Shenton.

Sejak 2019, One Shenton telah melakukan kerja naik taraf terhadap kemudahan dan prasarananya secara beransur, termasuk menyediakan ciri kebun menegak tinggi.

“Penduduk kami semakin prihatin terhadap kesihatan mental dan kebajikan mereka. Mereka ingin menghabiskan lebih masa di luar, dan ruang semula jadi baru kami yang telah dipertingkat, serta pavilion luar, dan dek kolam renang serta kawasan dikongsi penduduk kini adalah satu keperluan bagi mereka untuk melakukan kegiatan riadah yang akan mempertingkat mutu kehidupan mereka,” kata Encik Collin.

“Selain meningkatkan mutu kehidupan penduduk, menambah ciri mapan juga menawarkan manfaat menjimatkan wang bagi tempoh panjang kerana secara kumulatif, penggunaan tenaga elektrik akan bekurang sekitar 30 peratus di sekitar kemudahan dikongsi bangunan ini. Dengan penjimatan ini, termasuk ciri mesra alam One Shenton seperti ciri luaran yang memantulkan haba dan sistem lampu yang jimat tenaga elektrik, ia telah membantu pihak pengurusan menyerap kesan inflasi tanpa menaikkan tambang pengurusan sejak 10 tahun yang lalu,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >