Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 program baru dilancar bagi bina bandar lebih mampan

Jul 10, 2023 | 05:13 PM



Memanfaatkan asas yang kukuh di Kampus untuk Kecemerlangan Penyelidikan dan Perusahaan Teknologi (CREATE), adalah penting untuk menunjukkan bagaimana model perkongsian kolaboratif boleh menjadi lebih berkesan dalam menangani cabaran dunia sebenar yang kompleks, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Dengan adanya CREATE, Encik Heng berkata: “Kitaran teknologi semakin pendek, dan kadar inovasi telah meningkat.

“Kemungkinan untuk penemuan baru dan kejayaan adalah besar dan boleh membawa harapan yang lebih baik dalam masa akan datang.”

Encik Heng berkata demikian semasa pelancaran dua program baru, Program Mens, Manus and Machina dan program Alat Kejuruteraan Bio untuk Pertanian Selular Generasi Seterusnya (atau CellAg) di Simposium CREATE, yang diadakan di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Isnin.

Simposium bertemakan ‘Sains Bandar Lestari’ tahun ini, memberi tumpuan kepada tiga subtema utama; bandar sihat masa depan, sistem alam sekitar dan masa depan makanan.

Dua program peringkat kebangsaan baru itu telah dilancarkan untuk menangani hubungan manusia-mesin yang berkembang serta membuat perubahan dalam mencari makanan alternatif.

Apa yang penting adalah demi keselamatan makanan dalam menghadapi perubahan iklim.

Kedua-dua program itu akan menerima antara $5 juta dengan $25 juta dalam tempoh lima tahun.

CREATE telah ditubuhkan oleh Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF) pada 2006 sebagai sebahagian daripada strategi nasional Singapura untuk meningkatkan kerancakan dan kepelbagaian ekosistem penyelidikan, inovasi dan perusahaan di sini.

Ia membolehkan daya usaha kerjasama secara berkesan dan koheren dalam mengharungi cabaran sejagat.

Program M3S yang dilancarkan merupakan kerjasama antara Perikatan Singapura–MIT (SMART), Universiti Pengurusan Singapura (SMU), dengan NUS.

Ia bertujuan menilai dan menyediakan alat untuk memahami dan membentuk hubungan manusia-mesin yang berkembang, serta institusi awam dan swasta, yang memacu hubungan itu.

Pada masa yang sama, Encik Heng berkata, program itu juga akan mengembangkan rangka kerja sosial untuk interaksi manusia-mesin, supaya dapat memastikan manusia terus maju dalam masa hadapan yang baru.

Program CellAg pula merupakan kerjasama antara Universiti Hebrew Jerusalem (HUJ), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), NUS dengan Universiti Sungkyukwan (SKKU) di Korea Selatan.

Program tersebut bertujuan memberi tumpuan menambah baik pembuatan huluan makanan berasaskan sel alternatif.

Menurut Encik Heng, program itu akan membangunkan biosensor dan taktik mitigasi untuk mencegah pencemaran mikrob semasa pengeluaran daging kultur dan makanan berasaskan sel lain.

“Ia juga akan berusaha membangunkan kompaun baru yang menghalang pencemaran mikrob tanpa menggunakan antibiotik.

“Sekiranya berjaya, ia boleh meningkatkan hasil dan mutu makanan alternatif, sambil mengurangkan kos,” jelas Encik Heng.

Encik Heng turut menekankan bahawa CREATE harus menjalinkan perkongsian baru, merentas institusi dan di seluruh dunia, untuk melakukan penemuan baru yang tiada sebarang negara atau institusi boleh tangani sendiri.

Satu cara untuk melakukan itu ialah untuk menghimpunkan minda terbaik merentasi pelbagai institusi.

“Jika kita berani dalam membina perkongsian ia akan membolehkan kita bukan sahaja membawa bersama-sama pasukan terbaik untuk menangani cabaran, bahkan juga mengatasi politik untuk memajukan sains.


“Perkongsian pelbagai hala sedemikian, di mana kita membawa bersama pihak yang berbeza bakat dan latar belakang untuk menangani cabaran kompleks seperti perubahan iklim, kehidupan sihat, dan pembangunan mampan, adalah penting untuk manusia demi kemajuan,” jelasnya.


Simposium sehari itu menarik lebih 400 orang yang terdiri daripada penyelidik, penggubal dasar, rakan kongsi industri dan orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >