Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2,000 pekerja migran sambut Deepavali dalam karnival

Oct 25, 2022 | 07:14 AM



SERAMAI kira-kira 2,000 pekerja migran dapat menghiburkan hati dan menikmati perayaan Deepavali dengan suasana meriah dalam sebuah karnival yang diadakan setelah dua tahun perayaan tersebut diadakan dalam skala lebih kecil.



Anjuran Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (Ace) Kementerian Tenaga Manusia (MOM), dengan kerjasama Perkhidmatan Masyarakat Cornerstone dan My Brother SG, pekerja asing yang meluangkan masa di Pusat Rekreasi Penjuru dapat bermain permainan dan sukan mini di reruai karnival tersebut, serta menonton tarian klasikal India, antara lain.



Semalam, Menteri Negara Kanan, (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad turun padang di pusat rekreasi tersebut yang terletak di daerah Pioneer untuk berinteraksi dengan pekerja asing, dan mengagihkan 'goodie bag' kepada mereka yang hadir.



Selain itu, beliau merupakan sebahagian panel pengadil bagi menentukan pemenang bagi sebuah pertandingan seni diinspirasikan Rangoli yang dianjurkan, dan kemudiannya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.



Dalam ucapannya kepada pekerja migran, Encik Zaqy berkata:



"Deepavali seperti yang anda tahu adalah festival cahaya. Ia melambangkan kemenangan cahaya atas kegelapan.



"Perayaan tahun ini tentunya merupakan peringatan bermakna tentang bagaimana kita bekerjasama untuk muncul lebih kukuh dan bersatu daripada pandemik."



Salah seorang pekerja dari India yang ditemui, Encik Paramasivan Senthil Kumar, berkata karnival yang dianjurkan seronok dan membolehkannya untuk melakukan kegiatan yang disukainya seperti melukis.



Malah, lelaki berusia 42 tahun itu berkata acara semalam mengubati kerinduannya terhadap keluarga yang berjauhan.



Pengasas My Brother SG, Perubatan Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Tam Wai Jia berkata:



"Setelah waktu yang lama di mana kegiatan pekerja migran terhad atau sedikit sebanyak disekat, saya rasa hari ini benar-benar memberi peringatan bahawa mereka bukan sahaja dapat meraikan festival yang amat bermakna buat mereka tetapi juga semangat...dan daya tahan mereka."



Beliau menambah ia penting bagi warga Singapura untuk berada di sisi mereka untuk memberi semangat supaya dapat memupuk hubungan antara masyarakat pekerja asing dengan masyarakat Singapura.



Acara lain yang dianjurkan oleh Kumpulan Ace dan rakan-rakannya termasuk sesi sembahyang di kuil, sesi menonton wayang, khidmat potong rambut percuma dan pengagihan jamuan perayaan di dormitori.



Terdapat juga persembahan, permainan futsal dan karnival yang diajurkan di lapan pusat rekreasi.



Kegiatan lain termasuk pengagihan piza ke pekerja migran di serata Singapura dan kunjungan ke tempat tarikan, contohnya Gardens by the Bay.



Pada sebelah pagi semalam, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang, telah bertemu dengan pekerja asing di Kuil Holy Tree Sri Balasubramaniar di Yishun untuk memberi mereka pek penjagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >