Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20,000 pendaftar haji kemas kini maklumat guna sistem baru

Nov 27, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 20,000 pendaftar haji di Singapura telah mengesahkan dan mengemas kini butiran mereka dalam sistem pendaftaran haji baru Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sejak beberapa bulan lalu.



Baki sekitar 15,000 lagi pendaftar dalam senarai menunggu haji belum lagi mengakses portal baru yang digelar MyHajSG itu.



Mengongsi perangkaan tersebut dalam satu wawancara dengan Berita Minggu (BM), ketua perkhidmatan haji Muis, Encik Mohamed Faizal Abd Hathi, menggalakkan jemaah yang belum mengemas kini butiran mereka untuk berbuat demikian dengan segera.



Beliau berkata terdapat sekitar 35,000 jemaah Singapura kini dalam senarai menunggu untuk menunaikan haji.



Berita Harian melaporkan September lalu, Muis sedang menghubungi pendaftar hajis untuk mengesahkan dan mengemas kini butiran mereka dalam sistem pendaftaran haji yang baru. Menurut Muis, langkah itu penting demi memastikan pendaftar sedia ada boleh dihubungi apabila tiba giliran mereka menunaikan haji.



Dalam wawancara, Encik Faizal berkata Muis melihat pendaftaran haji di Singapura meningkat dengan mendadak setelah kerajaan Saudi mengurangkan tempat haji secara drastik pada 2012 untuk menampung kerja ubah suai besar-besaran di Masjidil Haram.



Pada 2012, hanya 680 calon haji Singapura diberi kuota haji rasmi, berdasarkan kuota haji 0.1 peratus bagi setiap negara. Sebelum itu sejak 2008, Singapura lazimnya diberi kuota tambahan 1,500 selain kuota rasmi, tetapi kuota tambahan itu dihentikan pada 2012.



Laporan lanjut: Bakal jemaah haji harus siap dapat kuota saat akhir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >