Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

24 lelaki ditahan: Disyaki guna dadah, ahli kongsi gelap

May 27, 2023 | 06:15 PM



POLIS menahan 24 lelaki di pusat hiburan awam dan hiburan malam dalam satu siri operasi dari 19 hingga 25 Mei.

Lelaki-lelaki tersebut berusia antara 17 dengan 32 tahun dan sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam pelbagai kesalahan, termasuk mengambil dadah dan merupakan ahli kongsi gelap.

Polis berkata pada Sabtu bahawa operasi seluruh Singapura itu, yang diketuai oleh pegawai dari Cawangan Kongsi Gelap (SSB), Jabatan Siasatan Jenayah (CID) telah melibatkan pemeriksaan ke atas 66 pusat hiburan awam dan hiburan malam, serta 227 individu.

Antara individu itu ialah seorang lelaki berusia 21 tahun yang ditahan di sepanjang Cuscaden Road kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan parah dan gagal mematuhi arahan penjawat awam.

Dua lagi lelaki berusia 23 dan 32 tahun ditahan di sepanjang Claymore Drive kerana mengambil dadah, manakala seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan kerana gagal melaporkan diri untuk ujian air kencing.

Polis berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang memilih untuk mengaitkan diri mereka dengan kongsi gelap dan aktiviti jenayah.

Mereka yang disabitkan kesalahan menjadi ahli kongsi gelap boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >