Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

250 penduduk disasar di peringkat perintis Health Up!

Nov 28, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM Health Up! dikelolakan oleh SingHealth Polyclinics (SHP) yang merupakan sebahagian daripada Sistem Kesihatan Serantau SingHealth (RHS).



Program ini bertujuan memberi keupayaan kepada penduduk dan ahli keluarga mereka mengamalkan gaya hidup lebih sihat, selain mendorong mereka menjalani pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian dengan umur dan melakukan kegiatan jasmani agar peserta lebih sihat dan sejahtera.



Program 'Health Up!' ini "diharap dapat memenuhi wawasan Tampines sebagai kawasan menghijau dengan penduduknya aktif mengamalkan gaya hidup sihat", kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, semasa pelancaran 'Health Up! di Our Tampines Hub, tengah hari semalam.



Program ini merupakan daya usaha SHP yang melibatkan pelbagai agensi yang akan dilaksanakan secara bertahap.



"Kami mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap kesihatan penduduk, memberi tumpuan kepada perubahan gaya hidup yang disepadukan dengan penyedia rawatan klinikal.



"Proses ini akan diselaraskan oleh koordinator kesihatan yang dipasangkan dengan setiap peserta untuk membantu kemajuan mereka melalui pelbagai komponen program," jelas beliau.



Program perintis itu menyasarkan 250 penduduk Tampines dan menilai keberkesanan intervensi yang mengamalkan pendekatan klinikal dan gaya hidup bersepadu.



Dr Koh menambah, visi ini bercita-cita tinggi.



"Kita tidak mahu mencapai 'Penjagaan Sakit" tetapi "Penjagaan Kesihatan".



"Melakukan perubahan gaya hidup yang positif akan memberikan penduduk yang menua tahun-tahun yang lebih sihat dan lebih memuaskan.



"Ini akan menjadi usaha jangka panjang yang mencabar, tetapi saya yakin jika kita semua bekerja, belajar dan berkembang bersama-sama, kita boleh meningkatkan kesihatan dan mutu kehidupan penduduk di Tampines," ujar Dr Koh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >