Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

38 tahun kahwin tak pernah 'renggang' namun reda isteri ke Tanah Suci

Pesara, 70 tahun, tidak penuhi syarat usia yang dikenakan pihak Saudi
Jul 11, 2022 | 05:30 AM



SELAMA 38 tahun mereka mendirikan rumah tangga, Encik Hussain Wan Sulong tidak pernah berenggang dengan isterinya dan tiap-tiap tahun meraikan Hari Raya Aidiladha bersama.



Namun, suasananya berbeza tahun ini, sayu dan penuh syahdu, kerana beliau keseorangan sambil isterinya menunaikan rukun Islam yang kelima di Tanah Suci.



Biarpun begitu, Encik Hussain yang belum dikurniakan zuriat tetap kekal positif sambil berkata:



"Saya belajar memasak, belajar buat kerja rumah sendiri!"



Malah, beliau meluahkan kesyukuran bahawa isterinya diberi peluang menjadi tetamu Allah walaupun mereka tidak dapat menunaikan ibadah haji bersama sedangkan membuat permohonan bersama.



Pesara berusia 70 tahun itu, sebelum ini benar-benar berharap penantiannya lebih 10 tahun untuk ke Tanah Suci akan berakhir tahun ini setelah Arab Saudi membuka ibadah itu kepada jemaah antarabangsa.



Namun Encik Hussain tidak memenuhi syarat Kementerian Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi bahawa orang yang dipilih untuk menunaikan haji tahun ini mesti berumur di bawah 65 tahun.



"Memang pada mulanya terbayang dan tertanya-tanya juga, adakah diri ini tak diundang ke sana.



"Tapi fikir balik, dah memang belum rezeki saya, namun rasa gembira itu tetap ada apabila melihat isteri saya menerima undangan.



"Saya beritahu dia bahawa dia bertuah sangat kerana terdiri daripada golongan kecil yang terpilih, jadi jangan sia-siakan peluang ini," ujarnya dalam satu temu bual bersama Berita Harian sebelum ini.



Sejak keberangkatan isterinya Cik Sharifah Thalha, 57 tahun, pada awal Julai ini, Encik Hussain berkata mereka sudah beberapa kali membuat panggilan untuk bertanya khabar.



Mereka elak membuat panggilan video kerana menurut Encik Hussain, khuatir "nanti hujan", atau dalam erti kata lain, menangis.



Ketika dihubungi BH baru-baru ini, Encik Hussain berkata bahawa apabila terdapat berita mengenai jemaah haji yang dijangkiti Covid-19, beliau tentunya akan berasa bimbang dan risau.



"Saya terus telefon syarikat Jalaluddin Travel and Services untuk mendapat kepastian mengenai keadaan isteri saya, dan saya bersyukur kepada Allah beliau baik-baik sahaja," katanya.



Meskipun tidak sabar untuk menanti kepulangan isterinya nanti pada 20 Julai ini, Encik Hussain berlapang dada dan terus mendoakan ketenangan isterinya di sana.



Beliau, yang sudah tiga kali menunaikan umrah, berkata dengan penuh harapan:



"Saya ada rancangan mahu lakukan umrah lagi, dan berdoa agar dapat menunaikan haji. Insya-Allah saya yakin Allah akan undang saya."




"Memang pada mulanya terbayang dan tertanya-tanya juga, adakah diri ini tak diundang ke sana. Tapi fikir balik, dah memang belum rezeki saya, namun rasa gembira itu tetap ada apabila melihat isteri menerima undangan. Saya beritahu dia bahawa dia bertuah sangat kerana terdiri daripada golongan kecil yang terpilih, jadi jangan sia-siakan peluang ini."



- Encik Hussain Wan Sulong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >