Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PESTA RAIKAN ILMU DAN ANUGERAH MENDAKI

71 penerima Anugerah Cemerlang Mendaki lulus ijazah kelas pertama

Oct 03, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 71 penerima Anugerah Cemerlang Mendaki yang lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama tahun ini.



Jumlah ini tinggi sedikit berbanding 65 penerima anugerah tersebut tahun lalu dan 63 penerima pada 2019.



Mengulas tentang pencapaian pelajar Melayu/Islam itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad berkata, jumlah mereka yang menerima ijazah kepujian kelas pertama atau setara dengannya dari universiti setempat atau universiti luar negara yang diiktiraf itu adalah konsisten sejak beberapa tahun lalu.



"Ini menunjukkan bahawa (dengan) peluang yang diberikan kepada anak Melayu kita, boleh juga... mereka mencapai tahap kepujian yang tertinggi," ujarnya.



Selain memanfaatkan peluang yang disediakan sistem negara ini, Encik Masagos berkata prestasi baik itu juga menunjukkan bahawa masyarakat turut dapat meraih manfaat daripada sokongan ibu bapa serta guru mereka untuk mencapai kejayaan.



"Kami harap mereka dapat terus mempertingkat diri mereka sedang mereka ceburi kerjaya masing-masing," ujarnya.



Antara 71 penerima anugerah yang lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama itu ialah Cik Reena Chandini Ramesh, 23 tahun.



Setiap penerima Anugerah Cemerlang Mendaki yang lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama itu mendapat sijil dan hadiah wang tunai $1,000.



Cik Reena yang meraih ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kepujian Tertinggi) dalam bidang sains politik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) turut meraih Anugerah Gemilang Mendaki kerana memaparkan ciri '3K' yang membentuk Masyarakat Gemilang iaitu keperibadian, kemahiran dan kewarganegaraan.



Bagi Cik Reena, beliau mendapatinya mencabar untuk menyelesaikan tesisnya tahun lalu di tengah-tengah pandemik Covid-19 antara lain disebabkan sekatan bagi kerja di lapangan.



Namun, beliau mengatasinya dengan mencari cara lain untuk menghasilkan tesisnya termasuk dengan memanfaatkan sumber yang sedia ada.



Tambahnya, kejayaannya juga hasil sokongan ramai orang di kelilingnya termasuk rakan universiti dan keluarganya yang turut membantu membacakan tesisnya, selain penyelia tesisnya yang selalu bersedia membantunya memperhalusi tesisnya itu.



"Ia seperti projek kumpulan bagi semua orang dan ini benar-benar menunjukkan bahawa kejayaan saya ini hasil ramai pihak yang turut menyumbang kepadanya," ujar anak sulung daripada keluarga dua beradik itu.



Pegawai perkhidmatan awam itu juga giat menabur bakti kepada masyarakat dan antara lain menyumbang semula kepada kanakkanak, golongan memerlukan dan individu kurang upaya.



"Pastinya kita semua mempunyai cita-cita dan impian tapi kita tidak mungkin dapat mencapainya sendiri.



"Oleh kerana kita cukup bertuah dapat mengejar impian kita dan mendapat pendidikan, saya rasa adalah penting kita juga menyumbang semula dengan pelbagai cara," kata Cik Reena.




"Ini (pencapaian cemerlang kepujian kelas pertama) menunjukkan bahawa (dengan) peluang yang diberikan kepada anak Melayu kita, boleh juga... mereka mencapai tahap kepujian yang tertinggi.

Kami harap mereka dapat terus mempertingkat diri mereka sedang mereka ceburi kerjaya masing-masing."

- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >