Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Alat pengawasan Instagram bagi ibu bapa pantau bahaya di media sosial

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



DUNIA media sosial penuh bahaya terutamanya kepada pengguna muda yang tidak menyedari risikonya.



Lantas, alat pengawasan untuk ibu bapa yang dilancarkan platform media sosial Instagram baru-baru ini dapat sekurang-kurangnya mengurangkan bahaya dalam talian.



Seorang pencipta kandungan, Cik Pamela Lee Nur Shuhadah, tahu benar dengan hal-hal sedemikian.



Baru beberapa tahun lalu, beliau menjadi mangsa gangguan dan pembulian di media sosial, tetapi berjaya mengatasi trauma emosi itu bersama ibu bapanya.



Ada mungkin mengingatinya sebagai watak yang dibawa dalam sosial media pada 2019 dengan persona agresif, garang dan bercakap tanpa saringan.



Cik Shuhadah, 22 tahun, berkata watak itu secara purata mendapat respons positif dengan bilangan pengikut yang besar dan semakin meningkat di media sosial.



Walaupun ada yang suka, ada pula memandang serong terhadap watak sedemikian sehingga menghantar mesej dan komen negatif kepadanya.



"Mesej-mesej itu bukan yang baik-baik dan saya rasa terjejas kerana itu bukan watak dan personaliti saya dalam kehidupan sebenar," kata pencipta kandungan itu baru-baru ini.



Beliau telah bekerja secara bebas sejak 2021. Sebelum itu, beliau bekerja dengan syarikat media yang menjadi titik mula beliau menceburi kerjaya bidang media.



Dengan isu yang dihadapinya itu, Cik Shuhadah memutuskan untuk mengongsi situasi sebenar bersama keluarganya.



"Kesimpulan kami adalah bahawa komen-komen itu hanya daripada minoriti, berbanding dengan majoriti yang minat dan menyukai apa yang saya lakukan.



"Selagi niat saya murni dan tidak menyebabkan kecederaan kepada sesiapa, tidak ada sebab untuk saya bersikap kritikal terhadap diri sendiri.



"Jadi sejak itu, melainkan ia kritikan membina, saya tidak mendengar dan memberi perhatian kepada perkara-perkara sebegitu," ujarnya.



Instagram telah mengumumkan peralatan dan sumber baru dalam membantu memastikan anak-anak muda selamat dan menyokong kesejahteraan mereka dalam talian.



Pusat Keluarga adalah hab Instagram di mana ibu bapa dan penjaga boleh mengakses sumber termasuk pengawasan untuk membantu anak-anak muda membina tabiat positif dalam talian.



Menerusi pusat keluarga itu, ibu bapa dan penjaga boleh menyelia akaun Instagram anak-anak mereka.



Pusat Keluarga boleh menjadi hab untuk membantu ibu bapa, penjaga dan anak-anak muda menguruskan pengalaman merentasi semua teknologi Meta.



Tiga alat pengawasan baru di Instagram membolehkan ibu bapa dan penjaga mengurus masa yang digunakan anak mereka di Instagram, menjejak rangkaian hubungan di aplikasi tersebut dan juga menerima notifikasi laporan.



Ketua dasar awam Instgaram APAC, Encik Philip Chua, berkata alat pengawasan itu telah direka dengan mengambil kira dinamik keluarga dan maklum balas daripada perundingan bersama ibu bapa, remaja dan pakar seluruh dunia.



"Kami memahami bagaimana remaja inginkan autonomi. Sebaliknya, ibu bapa juga mahu mempercayai remaja mereka namun akan mendapatinya sukar terutamanya jika mereka tidak biasa dengan platform media sosial.



"Kami telah mereka peralatan ini supaya kedua-dua ibu bapa dan remaja saling bersetuju mengenai penyeliaan penggunaan mereka.



"Kami percaya bahawa alat dan sumber sedemikian boleh membantu keluarga mencipta sempadan bagi kegunaan dalam talian yang selamat bersama," kata Encik Chua.



Mengulas mengenai alat pengawasan Instagram bagi ibu bapa itu, Cik Shuhadah berkata ia akan membantu memastikan remaja selamat semasa menggunakan aplikasi ini.



Namun langkah pertama ialah membina kepercayaan antara ibu bapa dengan remaja bermula dari rumah.



"Kepercayaan dan keselamatan yang dirasakan oleh seorang remaja dari rumah akan diterjemahkan kepada perasaan mereka terhadap ibu bapa di media sosial.



"Pusat Keluarga Instagram kemudian akan melengkapi kepercayaan dan membantu membina lapisan tambahan untuk menjamin sokongan dan keselamatan bagi kedua-dua remaja dan ibu bapa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >