Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Alat web tulis cerita dilancar bantu orang ramai cipta cerita kanak-kanak

Jul 07, 2023 | 12:40 PM



Encik Sabri Mansor, 32 tahun, ialah perantis di bawah AI Singapore (AISG) – satu program kebangsaan yang dibangunkan untuk mengembangkan kemampuan Singapura dalam bidang kecerdasan buatan (AI), bagi masa depan Singapura dalam bidang ekonomi digital.

Sebagai perantis di bawah ‘Program AI perantisan’ (AIAP), Encik Sabri mendapat peluang untuk meningkatkan kemahirannya sebagai jurutera perisian. Pemohon bagi AIAP harus sudah berkebolehan dan mempunyai tahap asas kemahiran dan pengetahuan kukuh dalam bidang AI dan pembelajaran mesin.

Perjalanan Encik Sabri dalam AISG adalah bagaimana beliau meraih peluang untuk bekerjasama dengan empat orang lain, untuk mengembangkan satu alat web untuk menulis cerita bernama “StorywrAIter”.

Alat web kecerdasan buatan “StorywrAIter” itu direka bagi orang ramai mencipta cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu. Dengan alat web itu, ibu bapa boleh secara bersama anak mereka mencipta cerita.

Pasukan lima orang yang terlibat dalam projek itu terdiri daripada dua jurutera – Encik Clarence Lam, 36 tahun, dan Cik Ruth Toh, 27 tahun; satu pereka UX, Cik Isabel Tan, 28 tahun; dan dua individu yang ditugaskan sebagai pembaca pruf bagi alat “StorywrAIter” ini, Encik Noorhalim Ismail, 33 tahun, dan Encik Sabri sendiri.

Semasa satu temu bual dengan Berita Harian (BH), Encik Sabri menghuraikan tentang cabaran yang dialaminya semasa menjalankan projek itu.


“Saya ditugaskan menjalankan sesi Zoom dengan satu pasangan bapa dan anak perempuannya bagi menyemak kesesuaian alat web ini untuk digunakan orang ramai.

“Melalui sesi tersebut saya dapati bahawa mereka yang tidak biasa menggunakan alat AI seperti ini dan StorywrAIter akan menghadapi cabaran untuk mereka yang tidak biasa menggunakan alat berbentuk teknologi.”

Namun, Encik Sabri masih optimistik bahawa alat web untuk menulis cerita itu sesuai dalam zaman teknologi yang pada masa kini sedang melalui kemajuan teknologi.

Jika sesiapa yang sedang mencari aktiviti mudah, seronok dan berilmu untuk melakukan secara sekeluarga, “StorywrAIter” adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan.

Dengan “StorywrAIter, ibu bapa boleh menolong anak mereka mencipta cerita melalui soalan-soalan panduan yang disediakan dalam alat web ini. Kemudian, ibu bapa boleh menaipkan idea anak mereka dalam alat web tersebut sebagai input.

Alat web itu menyediakan panduan dalam proses perkembangan idea, serta menawarkan saranan bagi cerita yang ingin dicipta oleh pengguna alat tersebut. Pengguna kemudian boleh menyunting draf pertama sehingga puas hati.

Dalam temu bual dengan BH yang sama, Encik Clarence Lam, jurutera dan seorang daripada pasukan lima orang itu menjelaskan bagaimana model bahasa terkini untuk AI dilatihkan dengan set data – atau dataset – bahasa Inggeris, dan bukan dalam bahasa lain.

Ini bermakna teknologi AI pada masa ini tidak beroperasi dengan baik dalam bahasa lain, termasuk bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu dilabelkan sebagai bahasa yang mempunyai ‘sumber rendah’.

“StorywrAIter” adalah satu cara bagi industri AI dapat meningkatkan sumber, seperti data dan maklumat, yang diperlukan bagi memperbaiki model AI dalam bahasa selain bahasa Inggeris, seperti bahasa Melayu.

Apabila pengguna alat web itu meletakkan maklumat dalam sistem “StorywrAIter” sebagai input, AI akan menjana draf pertama untuk cerita yang diinginkan pengguna.

Tetapi draf itu tidak sempurna, bagi pengguna menyunting kesalahan bahasa yang terdapat dalam draf pertama itu.

Dengan suntingan yang dilakukan pengguna dalam draf pertama, ia akan diambil oleh AI sebagai data, yang kemudian akan digunakan AI tersebut untuk memperbaiki bahasanya sendiri. Proses ini akan memastikan yang AI tersebut akan menjana draf cerita lebih baik untuk orang lain.

Pada asasnya, data set bahasa Melayu akan diperbaiki secara keseluruhan, dan ini akan membolehkan bahasa dengan ‘sumber rendah’, iaitu bahasa Melayu, berpotensi untuk dipertingkat secara progresif kepada bahasa yang bersumber tinggi dengan maklumat dan data.

Selain itu, portal maklum balas disediakan di akhir proses menulis cerita melalui alat web itu, di mana maklum balas pengguna akan diambil oleh pembangun web dan jurutera “StorywrAIter”, bagi mempertingkat alat tersebut.

Itulah harapan lima pencipta atas alat web menulis cerita itu, bahawa data yang dikumpul melalui alat AI itu dapat memperbaiki kedua bahasa pengguna dan bahasa AI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >