Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ambil pendekatan holistik terhadap kesihatan sejajar dengan trend utama kini: DPM Heng

Dec 04, 2023 | 05:26 PM



Dalam usaha membangunkan hari esok yang lebih sihat dan bahagia, tiga trend yang membentuk dunia hari ini perlu diambil kira, menurut Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.

Pertama, katanya, penduduk dunia yang semakin bertambah dan menua. Kedua, kemajuan teknologi yang pesat; dan ketiga, dunia yang semakin rapuh.

Berkata demikian semasa ucapannya di Sidang Puncak Advanced Tomorrow pada 4 Disember, Encik Heng menjelaskan bahawa dengan penduduk yang semakin menua dan bertambah, perancangan harus dibuat bagi masa depan yang agak berbeza.

“Sebagai contoh, bagaimana kita reka semula pekerjaan dan tempat kerja untuk membolehkan produktiviti yang berpanjangan?

“Bagaimanakah masyarakat dan sokongan sosial kita harus dianjurkan? Di samping itu, bagaimanakah kita boleh meningkatkan tempoh kesihatan supaya warga emas menghabiskan lebih banyak tahun dalam kesihatan yang baik daripada sakit?” kata beliau.

Penduduk yang semakin tua ialah salah satu trend demografi yang genting dalam zaman ini, tambah Encik Heng.

Bahkan, menurut perangkaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dipetiknya, jelang 2050 akan terdapat lebih dua kali ganda warga emas berusia 65 tahun ke atas berbanding kanak-kanak berusia kurang lima tahun.

Selain demografik yang semakin menua, kemajuan teknologi juga membentuk semula kehidupan manusia termasuk dalam bidang penjagaan kesihatan dan cara kita menjaga diri sendiri, kata Encik Heng.

Alat seperti telefon, jam tangan dan gelang kini boleh membantu menjejaki tahap aktiviti, pengambilan makanan, corak tidur dan penunjuk kesihatan yang lain.

Kemajuan dalam sains perubatan membolehkan pendekatan yang lebih diperibadikan kepada penjagaan kesihatan.

Malah, profesional perubatan semakin menggunakan robotik untuk membantu warga emas dan mereka yang berhadapan dengan isu mobiliti.

“Teknologi baru yang berkembang seperti kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin mengubah penjagaan kesihatan menjadi lebih berkesan dan cekap,” kata Encik Heng.

Beliau memberi contoh para klinisian dan saintis di sini menggunakan AI dan pembelajaran mendalam (deep learning) untuk mengesan kencing manis, glaukoma dan degenerasi otot yang berkaitan dengan usia.

Selain itu, Hospital Universiti Nasional (NUH) juga menggunakan AI untuk meramalkan tempoh penginapan hospital dan masa menunggu, membolehkan penggunaan katil dan sumber hospital yang lebih optimum.

Menyentuh trend ketiga pula, Encik Heng berkata geopolitik, faktor sosioekonomi dan perubahan iklim juga memainkan peranan dalam isu kesihatan.

Geopolitik yang terpolarisasi berisiko menghalang kerjasama antarabangsa pada saat-saat yang paling diperlukan seperti pandemik global.

Keadaan dunia mempunyai kesan yang ketara terhadap kesihatan, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, tekan Encik Heng.

“Ketegangan geopolitik... boleh mengganggu rantaian bekalan makanan, barangan perubatan dan bahan farmaseutikal kritikal.

“Konflik membawa kepada penderitaan dan kesusahan kepada masyarakat yang terjejas dan juga mengakibatkan kesan kepada seluruh dunia. Pecahan domestik yang mendalam juga boleh menjejas keberkesanan sistem penjagaan kesihatan pada abad ke-21,” ujarnya.

Dalam pada itu, tahap ketidaksamaan yang semakin meluas dalam masyarakat juga boleh membawa kepada akses berbeza kepada rawatan dan sumber perubatan.

‘Kesihatan’ bumi juga menjejas kesihatan manusia, tambahnya.

“Perubahan iklim akan menimbulkan kejadian cuaca ekstrem yang lebih kerap seperti gelombang panas dan banjir. Ini boleh meningkatkan beban penyakit, mengubah biosfera dan vektor yang merebakkan penyakit serta memburukkan lagi peningkatan kos penjagaan kesihatan,” kata Encik Heng.

Beliau menambah bahawa dunia mesti melihat dengan lebih holistik bab kesihatan dan kesejahteraan.

“Penjagaan kesihatan yang berkesan bukan lagi hanya mengenai respons perubatan untuk memerangi penyakit atau menguruskan penyakit. Ia sepatutnya lebih kepada memudahkan dan memupuk kehidupan dan umur panjang yang sihat,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >